Buletin

INILAH DIA TOYOTA GR YARIS RALLY2. NAK TEMPAH BOLEH?

Umum mengetahui semenjak pembabitan semula Toyota dalam perlumbaan World Rally Championship (WRC), mereka ketiadaan model jentera R5 / Rally2 untuk bersaing dalam kelas kedua atau pun beraksi di peringkat global / serantau dalam perlumbaan rali. Tapi kini tidak lagi apabila Toyota telah menayangkan jentera GR Yaris Rally2 secara rasmi sewaktu perlumbaan FORUM8 Rally Japan tempohari.

Garis masa pengenalan model yang menjadi idaman buat para pelumba seluruh dunia ini barangkali cukup bertepatan sementelah Toyota berjaya meraih kejuaraan WRC berganda musim ini. Pendedahan secara esklusif itu telah dibuat sendiri oleh Presiden Toyota sendiri Akio Toyoda.

Walau bagaimana pun, jentera Toyota GR Yaris Rally2 ini hanya akan kekal sebagia model konsep / prototaip sahaja buat masa ini walau pun model ini telah pun menjalani ujian buat pertama kali sebelum iin. Ketika di FORUM8 Rally Japan ini, ianya sempat dipertontonkan apabila ianya dipandu uji oleh mantan juara WRC empat kali Juha Kankkunen di salah satu SS di bandar Okazaki yang jelas dapat dilihat oleh penonton secara dekat.

Cumanya menurut perkhabaran, model GR Yaris Rally berkemungkinan tidak akan dapat dilihat beraksi di pentas WRC sehingga tahun 2024. Barangkali masih banyak lagi ujian yang perlu dilakukan bagi memastikan jentera rali ini benar – benar kompetetif dan mempunyai daya tahun untuk bersaing dengan model Rally2 yang lain seperti Skoda Fabia, Hyundai i20 N atau pun Ford Fiesta yang sudah terbukti kejaguhannya.

Dari segi spesifikasinya sudah tentu enjin asal yang bersesaran 1.6 liter daripada model jalanan Toyota GR Yaris akan digunapakai. Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh FIA, kesemua jentera rali R5 / Rally2 ini harus menggunakan enjin 1.6 turbo dengan penggunaan restrictor turbo berdiameter 32 mm yang mana kuasanya dianggarkan sekitar 300 HP dan tork 400 Nm.

Yang pasti, tahun hadapan akan menjadi tahun yang sibuk buat jentera ini untuk menjalani siri ujian sebelum ianya dibuka untuk tempahan buat pengguna.

BACA : MASANYA UNTUK TANAK MENGUJI HYUNDAI i20 N RALLY2

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY2 BAKAL DIDEDAHKAN DI RALI JEPUN?

Google ads

B K

Back to top button