
CITROËN C3 RALLY2 – TAMPIL DENGAN IMEJ BAHARU
Nampaknya lepas satu satu pengeluar jentera rali dunia mula menampilkan jentera baharu bagi digunakan untuk perlumbaan musim hadapan. Dan kini giliran buat pembuat dari Perancis pula untuk menampilkan rekaan baharu Citroen C3 Rally2, menggantikan Citroen R5 yang digunakan sebelum ini.
Walau pun Citroen Racing telah meninggalkan kelas premier WRC, namun jentera rali C3 R5 mereka terus beraksi cemerlang baik di pentas WRC2 / WRC3 mahu pun di ERC (European Rally Championship). Maka, tiada sebab untuk pihak Citroen Racing membiarkan pelanggan – pelanggan yang telah / bakal membeli jenama mereka untuk beraksi dalam pentas rali.

Untuk itu, mereka memperkenalkan sebuah jentera yang dijenamakan semula daripada R5, Citroen C3 Rally2. Untuk makluman, bermula musim hadapan, kelas jentera rali bakal mengikut susunan piramid baharu dengan dimulakan Rally1 (menggantikan jentera WRC) dan diikuti dengan Rally2, Rally3 dan sehinggalah ke Rally5.
Tidak hanya sekadar penjenamaan semula, Citroen C3 Rally2 ini turut menerima beberapa kerja tingkat taraf bagi memastikan ianya terus kekal laju sambil cuba dikejar oleh saingan rapat mereka Skoda Fabia R5 (sebelum ini). Diantaranya adalah perisian enjin yang baharu telah diberikan bagi memberikan lebih daya pecut ketika mahu berlumba.

Berbanding kawan – kawan se-rali yang lain telah menggunakan chasis model baharu, namun pihak Citroen Racing merasakan ianya bukanlah keperluan utama. Chasis asal R5 ini terbukti masih lagi relevan setidaknya untuk digunakan sekali lagi pada tahun 2021 walaupun ianya telah sedikit berusia memandangkan ianya mula diperkenalkan semenjak tahun 2017 lagi. Malas prestasi Citroen R5 sebelum ini juga masih lagi kompetetif berbanding jentera R5 terkini. Lagi pun benda boleh jimat, lebih baik berjimat, iya tak? Lagi pun model produksi massa C3 masih lagi dikeluarkan dan tiada bayangan petanda model pengganti untuk model ini.
Untuk pelanggan, ianya sudah boleh ditempah sekarang ini. Dan mereka yang telah menempah bermula 1 Disember, semua kerja tingkat taraf model C3 Rally2 ini akan turut diberikan secara percuma. Kerja kerja homologasi bakal bermula Januari nanti
BACA : CITROËN C3 R5 SEDIA BERAKSI DI RALLYE DU VAR