Buletin

JARI-MATTI LATVALA JUARA PERLUMBAAN PEMBUKA TIRAI EUROPEAN HISTORIC RALLY CHAMPIONSHIP

Hujung minggu yang lalu telah pun berlangsungnya perlumbaan sulung perlumbaan FIA European Historic Rally Championship (EHRC) di 73 Rally KH-7 Costa Brava. Perlumbaan yang membabitkan jentera lumba rali klasik telah menarik perhatian ramai peminat kereta rali klasik. Jom kita baca apa yang menarik tentang perlumbaan ini.

  • Perlumbaan sulung untuk kalendar EHRC musim 2025 di 73 Rally KH-7 Costa Brava, Sepanyol ini telah dimenangi oleh tiga kali naib juara WRC, Jari-Matti Latvala yang juga merupakan Prinsipal Pasukan Toyota Gazoo Racing dengan memandu jentera Toyota Celica berpasangan dengan Juruarah Janni Hussi.
  • Pasangan duo dari Finland ini ternyata mendominasi perlumbaan sepanjang tiga perlumbaan yang berakhir di Girona adalah merupakan salah satu daripada 177 pasukan asing yang menyertai, mewakili 68% daripada jumlah keseluruhan daripada 20 negara berbeza.
  • Tempat kedua menjadi milik pemandu Romain Dumas, yang merupakan pemenang berganda perlumbaan24 Jam Le Mans, bersama Juruarah Mathieu Tyran, dengan jentera Porsche 911 Carrera RS 3.0.
  • Tempat ketiga menjadi milik Pascal Pascal Perroud yang memandu BMW M3.
  • 73 Rally KH-7 Costa Brava telah pun mencipta sejarah tersendiri dengan ianya merupakan perlumbaan rali tertua di Sepanyol apabila sejumlah 256 penyertaan yang bertanding kali ini sekali gus  mencipta rekod baharu untuk Costa Brava dan untuk sebarang rali di negara ini.
  • Terdapat juga penyertaan wanita yang ketara, dengan 67 wanita mengambil bahagian, termasuk enam pemandu wanita. Manakala Juruarah pula sekitar 25% adalah wanita. Malah, ini adalah tahun kedua berturut-turut Costa Brava dimenangi oleh pasukan campuran.
  • Untuk rekod, dalam beberapa siri perlumbaan terakhir sebelum ini  terdapat penghargaan dan penghormatan diberikan terhadap model rali tertentu. Tahun ini, penghormatan diberikan kepada Lancia Rally 037, salah satu kenderaan paling ikonik dalam sejarah rali, kerana ia menandakan 40 tahun sejak kemenangan Miki Biasion dan Tiziano Siviero pada edisi 1985.
  • Acara istimewa itu diadakan pada petang Khamis, sejurus sebelum perlumbaan rasmi bermula. Lapan Lancia Rally 037 berkumpul, empat daripadanya adalah unit asal dengan sejarah yang kaya dalam pasukan kilang Lancia Corse.
  • Tetamu istimewa ialah Miki Biasion sendiri dan Salvador Servià. Pemandu kelahiran Girona itu adalah Juara Rali Sepanyol dua kali dengan 037 dan memandu satu dalam kategori pameran Legend pada Rali 73 KH-7 Costa Brava ini.

Kredit Foto : RallyClassics

BACA : DUA JENTERA RALI LAGENDA AKAN IKUT SERTA DI SALON PRIVE CONCOURS

BACA : JARI-MATTI LATVALA BERSEDIA UNTUK CABARAN EUROPEAN HISTORIC RALLY CHAMPIONSHIP


Google ads

B K

Back to top button