Buletin

JD POWER 2016 – VIOS, AVANZA, CX-5 & MYVI UNGGULI SEGMEN MASING-MASING  

Menurut laporan Kajian Kualiti Awal Malaysia (IQS) J.D. Power 2016, di antara 39 model yang dinilai, dua model Toyota serta satu daripada Mazda dan Perodua mendapat ranking tertinggi dalam sgmen masing-masing.

Toyota Vios berada di ranking paling tinggi untuk segmen sedan asas bersaiz sederhana (48 PP100) dan Toyota Avanza dalam segmen MPV/ Van (52 PP100) untuk lapan tahun berturut-turut. Perodua Myvi pula mengungguli segmen kompak (73 PP100). Manakala Mazda CX-5 menguasai segmen SUV (41 PP100).

jd-power-iqs-2016-mekanika-5

Dalam perkembangan sama, jurang kualiti di antara jenama kenderaan tempatan dan bukan nasional kini semakin mengecil. Jenama kereta tempatan dilihat cemerlang dalam segmen kereta kompak.

Malah, kualiti kenderaan baharu ini Malaysia meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tahun 2015. Ia merupakan penambahbaikan paling besar dalam 14 sejarah kajian terseby.

Secara keseluruhannya, kualiti awal bertambah baik kepada 69 PP100 pada tahun ini daripada 259 PP100 pada 2003. Skor kualiti jenama bukan nasional masih lebih baik berbanding jenama tempatan dengan 83 PP100.

jd-power-iqs-2016-mekanika-2

“Dalam tempoh 14 tahun, jurang di antara jenama tempatan dan bukan nasional telah mengecil kepada hanya 29 PP100 daripada 146 PP100 sebelum ini. Ia jelas membuktikan kesungguhan pengeluar tempatan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi,” kata Naib Presiden Serantau JD Power, Mohit Arora.

Untuk mengekalkan momentum positif ini, pengeluar harus terus fokus kepada masalah yang sering dilaporkan. Selain mengenal pasti kumpulan pelanggan yang sensitif terhadap masalah kereta mereka.

Penambahbaikan kualiti meningkat dalam semua lapan kategorui masalah yang diukur dalam kajian tersebut. Enjin/transmisi menjadi masalah yang memperlihatkan pengurangan paling ketara.

jd-power-iqs-2016-mekanika-4

Bahagian luaran kereta kekal menjadi kategori yang menerima laporan masalah paling tinggi. Trend itu berterusan sejak kajian dimulakan pada tahun 2003.

Kajian mendapati terdapat kumpulan pemilik kenderaan tertentu yang mengalami lebih banyak masalah berbanding orang lain. Sebagai contoh, pengguna lelaki melaporkan lebih banyak masalah berbanding wanita (79 PP100 vs. 56 PP100).

Pemilik dengan pengalaman memandu lebih 10 tahun juga cenderung untuk membuat laporan. Berbanding mereka yang mempunyai pengalaman memandu lebih singkat (85 PP 100 vs. 55 PP100).

jd-power-iqs-2016-mekanika-3

Dapatan tambahan kajian 2016:

  • Tiga masalah paling kerap dilaporkan: Konsisten dengan kajian 2015, bunyi angin kekal menjadi masalah utama (4.6 PP100). Diikuti oleh pendingin hawa tidak cukup sejuk dan lambat (2.7 PP100) dan brek berbunyi (2.5 PP100).
  • MPV/ Van mempunyai masalah paling banyak: Pemilik MPV/ Van paling ramai membuat laporan (79 PP100). Walaupun kualiti kenderaan dalam segmen ini bertambah baik daripada 90 PP100 pada tahun 2015.
  • Kualiti tinggi = Kesetiaan tinggi: IQS merupakan pemacu utama kepada kesetiaan jenama dan boleh mempengaruhi pertimbangan ketika membeli sesebuah kenderaan. 25 peratus pemilik yang tidak berdepan dengan sebarang masalah menyatakan mereka ‘pasti akan’ membeli jenama sama. Kadar pembelian semula jatuh 13 peratus dalam kalangan pemilik yang mengalami satu atau lebih masalah

Kajian ini mengukur masalah yang dialami oleh pemilik kenderaan untuk tempoh dua hingga enam bulan. IQS ditentukan menerusi jumlah masalah yang dihadapi bagi setiap 100 buah kenderaan (PP100). Lagi rendah bermakna lebih berkualiti.

Kajian IQS 2016 melibatkan maklum balas daripada 2,436 orang pemilik kenderaan baharu yang dibeli di antara Ogos 2015 hingga Jun 2016. Ia merangkumi 39 buah kenderaan penumpang, trak pikap dan kenderaan pelbagai guna daripada 12 jenama.

Google ads
Back to top button