Buletin

JENSON BUTTON BAKAL PANDU HONDA NSX-GT DI PERLUMBAAN SUPER GT SUZUKA

Jenson Button sudah bersara dari Formula 1 tetapi itu tidak bermakna beliau sudah mengantung topi keledar. Beliau sebenarnya masih lagi bersama McLaren-Honda tetapi sebagai pemandu simpanan dan baru-baru ini telah bertanding di F1 Monaco. 

Menariknya selepas bertahun-tahun dalam F1 dengan 50 kemenangan podium, Jenson bakal menyertai perlumbaan SUPER GT pada Ogos depan.

Jenson akan memandu Honda NSX-GT dalam kelas GT500 di Perlumbaan Antarabangsa SUZUKA 1000KM yang merupakan pusingan keenam SUPER GT.

Jenson memandu untuk TEAM MUGEN dan selain daripada beliau, NSX-GT akan dipandu oleh Hideki Muto dan Daisuke Nakajima.

Juara dunia F1 2009 itu akan mula menguji kereta NSX-GT di litar Suzuka pada 6 hingga 7 depan. Perlumbaan Suzuka 1000km adalah acara paling lama di Jepun dan mula dianjurkan pada tahun 1966 dan tahun ini adalah yang terakhir ia berlangsung di litar tersebut.

Menarik tentang penyertaan Jenson ialah, beliau mula memandu NSX Concept GT di acara Honda Racing Thanks Day pada Disember lalu dan sejak itu ‘gatal tangan’ untuk mencubanya di perlumbaan sebenar.

Jenson menyatakan hasratnya kepada Honda untuk berlumba dalam SUPER GT dan seterusnya adalah sejarah!

Google ads
Back to top button