Modifikasi

CONTOH TERBAIK SEBUAH MAZDA RX-7 YANG “BERSIH” (TAPI DENGAN 500 KUASA KUDA)

Umum mengetahui bahawa kereta-kereta sports Jepun keluaran 90-an kini menjadi kegilaan peminat kereta seluruh dunia. Pernah juga seorang kawan beritahu dulu bahawa kereta-kereta Jepun ni harapan untuk kita beli masih tinggi kerana ia pacuan sebelah kanan. 

Tapi tengoklah hari ini jangan kata Amerika Syarikat, di sebelah Eropah dan Timur Tengah pun berlumba-lumba import masuk kereta seperti Skyline, Supra, RX7, MR2 dan seangkatan dengannya.

Pemanduan sebelah kanan? (Right Hand Drive) tak jadi masalah. Video dari Roads Untraveled ini paparkan sebuah kereta yang diimport masuk ke Amerika. Model keluaran tahun 1999 ini asalnya sebuah model turbo kembar tetapi telah diubahsuai kepada turbo tunggal.

BACA: KANJOZOKU, INILAH CARA JDM SEBENAR

BACA: PERJUMPAAN SKYLINE TERBESAR DI TANAH ARAB

Enjin ini telah ditala sehingga 540 kuasa kuda dengan turbo Borgwarner S366, injektor lebih besar, ECU microtech, intercooler pemasangan hadapan (front mount) dan nikmat transmisi manual. Ini kereta lejen 90-an!

Dari segin kosmetik, hanya sayap GT belakang sahaja yang menampilkan sedikit kelainan. RX-7 FD3S ini memang sudah cantik mendahului zamannya. tak perlu buat apa lagi.

Kereta ini telah dipasangkan dengan rim Enkei RPF1 bersaiz 18 X 8.5 di hadapan dan 18 X 10 di belakang . Ini pun antara rim kegemaran Abang Japar.

Nah, tengok video di bawah

 

Google ads
Back to top button