Buletin

MITSUBISHI BANGUNKAN SISTEM BOLEH KAWAL PULUHAN DRON KOMERSIAL SEJAUH 1,000KM

Mitsubishi Heavy Industries (MHI) dilapor meminjam teknologi jet pejuangnya untuk menghasilkan satu sistem yang mampu mengawal puluhan dron komersial sehingga sejauh 1,000km.

Pencapaian terbaharu itu dilihat sangat penting kerana teknologi standard pada hari ini hanya mampu mengawal sebuah dron dikawal dalam jarak beberapa kilometer sahaja.

Pembuat mesin industri itu mensasarkan untuk melancarkan sistem berkenaan menjelang Mac 2022. Menurut MHI, teknologi tersebut bukan untuk kegunaan ketenteraan. Sebaliknya akan digunakan untuk merawal cuaca dan menghalang bencana. Di samping memantau kabel tenaga serta telekomunikasi.

Jet pejuang dan kapal selam buatan MHI mampu mengawal sendiri pergerakan mereka. Selain mengikut arahan dan memberi notifikasi secara automatik sekiranya sesuatu yang tidak normal berlaku.

Adaptasi teknologi ini ke dalam sektor komersial akan digunakan untuk memastikan sambungan internet, sekali gus dapat mengawal penerbangan dron yang mampu menempih kelajuan angin sehingga 30 meter sesaat.  

Sistem tersebut memboleh seorang pengawal di Tokyo untuk menggerakkan dron ke Tanegashima, sebuah kepulauan di wilayah paling selatan Jepun.

MHI juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan analisis data menjelang Mac 2026.

Ia akan memanfaatkan imej-imej yang dirakam oleh dron dan kepintaran buatan (AI), mengaplikasikan teknologi berasaskan pertahanan serta menggunakan keupayaan pemprosesan imej satelit.

Ketika perniagaan kapal terbang dan yang berkaitan terjejas, MHI mensasarkan jualan sebanyak 10 bilion yen (RM392 juta) dengan mengadaptasi teknologi pertahanan untuk kegunaan sektor swasta.

Google ads
Back to top button