Buletin

JETOUR DASHING DILANCARKAN – JANA 156PS, TAWAR DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM109K

Pengeluar kereta China, Jetour hari ini secara rasmi melancarkan SUV lima tempat duduk baharu iaitu Jetour Dashing.

Untuk pasaran tempatan, SUV ini ditawarkan pada dua varian iaitu Comfort dan Prime dengan tanda harga bermula:

  • Comfort: RM109,800
  • Prime: RM116,800

Dari segi dimensi, SUV ini berukuran 4,590mm panjang, 1,900mm lebar, 1,685mm tinggi dan jarak roda 2,720mm.

Dari penggayaan, ia hadir dengan kelengkapan seperti rim 18-inci (Comfort), lampu depan LED, DRL LED, lampu belakang LED, pintu belakang berkuasa, sementara varian Prime diserlahkan melalui rim 19-inci.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi upholsteri tempat duduk kulit, tempat duduk pemandu berkuasa enam hala, instrumen digital 10.25-inci, skrin sentuh infotainment 10.25-inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, pad pengecasan wayarles 50W, empat pembesar suara serta penyaman udara automatik.

Bagi varian Prime, ia ditambahkan dengan ciri-ciri seperti panoramic sunroof, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa empat hala, pencahayaan ambien, bantuan pertukaran lorong, pemantauan titik buta, amaran pertukaran lorong, amaran lalu lintas lintas belakang dan kamera 360 darjah.

Jetour Dashing didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu:

  • Aurora Green
  • Khaki White
  • Carbon Black
  • Phantom Grey
  • Hematite Red

Varian Comfort dan Prime, kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol yang menghamburkan kuasa 156PS dan tork 230Nm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi dwi-klac enam kelajuan dan mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Economy, Comfort serta Sport.

Seperti dinyatakan di atas, Jetour Dashing boleh dimiliki pada harga bermula RM109,800 untuk varian Comfort, manakala varian Prime diberi tanda harga bermula RM116,800.

GALERI:

Google ads
Back to top button