
MUSK SELAMBA GELAR PENASIHAT TARIFF TRUMP SEBAGAI BODOH PIANG – SEDAP MULUT KAU EH
Pertembungan antara politik dan industri auto memamng sentiasa berlaku dan kali ini ia semakin hangat dengan pengenalan tariff baharu oleh Presiden AS, Donald Trump. Isu semakin hangat bila penasihat kanan tariff Donald Trump. Peter Navarro menyerang Elon Musk dengan melabelkan beliau sebagai ‘tukang pasang kereta’ dan bukannya usahawan berwawasan ataupun pengeluar kereta gergasi. Menghina betul.

Serangan tersebut berlaku sehari selepas Musk mencadangkan supaya zon perniagaan bebas-tariff diwujudkan antara AS dan Eropah, satu langkah yang beliau sifatkan keterbukaan ekonomi. Namun sudah tentu ada pihak yang tidak bersetuju dalam Rumah Putih.
Peter Navarro merupakan salah seorang watak utama dalam polisi tariff yang diperkenalkan oleh Trump. Satu langkah yang telah menggegarkan dunia ekonomi dan menurut ramai pakai akan membawa AS ke arah kemelesetan.

Navarro mengkritik cadangan bebas-tariff Musk secara terbuka dan temubual bersama CNBC dan menyatakan Tesla sekadar ingin memperolehi alat ganti murah dari seberang laut.
Dengan selamba Navarro mengatakan , mereka di Rumah Putih dan rakyat AS faham yang Elon ialah pengeluar kereta tapi beliau sebenarnya bukan pengeluar kereta, beliau hanyalah memasang dan menyatukan komponen kereta. Fuh bisa betul mulut mamat ni.
Menurut Navarro sebahagian besar rangkaian pengeluar alat ganti Tesla datangnya dari Asia termasuklah Jepun, China dan Taiwan. Beliau menyambung yang Musk lebih berminat untuk mendapatkan bekalan alat ganti murah dan bukannya membangunkan kekuatan pengeluaran tempatan AS. Dengan kata lain Rumah Putih mahukan kesemua komponen kereta dihasilkan dalam negara dan bukannya diimport dari luar. Biasalah otak orang politik mana sama dengan otak usahawan.

Adakah Musk hanya berdiam diri? Dah tentu tak la. Musk menyerang kembali dengan menyatakan Tesla memiliki pelbagai model dengan komponen keluaran tempatan dan Navarro adalah labih bodoh daripada seguni batu bata. Nah aku. Taka da berlapik-lapik dah.
Musk menyambung Navarro memang seorang yang tidak berotak dan apa yang dinyatakan hanyalah satu penipuan yang nyata.
Berbeza dengan kritikan Navarro, data statistik pengeluaran Tesla menunjukkan gambaran sebenar. Walaupun ada komponen yang diimport, kenderaan keluaran Tesla seperti Model 3, Model Y, Cybertruck, Model S dan Model S secara konsisten berada dalam kedudukan kenderaan paling banyak menggunakan komponen domestic dalam industri.
Malah kajian Kogod School and Business American University menunjukkan Model 3 menggunakan 87.5 peratus komponen tempatan, Model Y 85 peratus, Cybertruck 82.5 peratus manakala Model S dan Model X sama 80 peratus.
Nampak tak macam mana orang politik ni memang suka cakap lepas ikut sedap mulut je. Kami bukannya penyokong Tesla pun tapi apa yang Musk cakap tu pun ada benarnya. Ko guano abe dio?