Artikel Pilihan

ALKISAH RENAULT CLIO – DARIPADA SUPERMINI KEPADA HOT HATCH

Di negara Perancis, wujudnya sebuah Supermini yang cukup tangkas dan lincah apabila beraksi di jalanraya. Dahulu saiznya kelihatan comel. Cukup sesuai untuk dipandu oleh golongan muda mudi di Perancis sana. Malah, Clio ini secara konsisten telah muncul sebagai salah satu kereta yang paling laku di Eropah. Cukup membuktikan bahawa model ini sangat penting kepada Renault.

BACA : CLIO RENAULT SPORT KINI DENGAN PILIHAN BLACK EDITION – DARI RM 115K SAHAJA

BACA : ŠKODA FABIA DAN ALKISAH TIGA KETURUNANNYA

Generasi pertama Renault Clio ini telah membuat debut sewaktu Paris Motor Show 1990, bagi menggantikan model Renault 5. Di awal pengenalannya, pilihan enjin 1.2 liter dan 1.4 liter boleh dipilih oleh pembeli ketika itu.

Bukti kesedapan Clio ini tidak dapat disangkal lagi apabila ianya dianugerahkan sebagai European Car Of The Year 1991. Dan itu sudah tentu menjadi lesen besar untuk Clio ini dijual di serata dunia. Tapi tahukah, di Jepun ianya dijual dengan nama Renault Lutecia dek kerana nama Clio telah dipatenkan oleh Honda sebagai salah satu rangkaian pemasaran domestik mereka.

Generasi pertama ini juga turut dijual versi Clio Williams, edisi khas dengan hanya 3,800 unit sahaja model yang dibina untuk dijual. Model yang dibina bersempena dengan pembabitan Renault dalam pasukan F1 William ketika itu, menggunakan enjin 2.0 liter 16 valve, dipadankan pula dengan kotak gear manual sudah tentu model ini menjadi rebutan anak muda yang gemarkan kelajuan. Dijadikan sebagai model rali pun ada jugal dibuat ketika itu.

Generasi kedua pula muncul pada antara tahun 1998 sehingga tahun 2005. Rekaan kali ini tidak banyak jauh beza daripada model sebelumnya. Cuma kali ini kelihatan seperti kurang keras. Tampak lembut di mana-mana. Tapi bukanlah Clio ini kelihatan pondan.

Untuk itu, Renault telah mula memperkenalkan model RS mereka. Menggunakan enjin 2.0 liter  16 valve dengan kelajuan maksimum mencecah 220km/j. Cukup laju bagi sebuah kereta sebesar ini. Bagi memberikan variasi kepada Clio ini, versi Sedan turut dipasarkan negara membangun seperti di negara Timur Eropah dan juga Afrika.

Revolusi Clio ini berubah sewaktu generasi ketiga mula muncul pada tahun 2005. Untungnya, kali ini Renault telah berkongsi platform yang sama Nissan  bagi membangunkan model kereta. Hasilnya selain daripada Clio ini adalah Nissan Note, Nissan March dan juga Renault Modus.

Dan saiz Clio yang baharu ini turut mengalami perubahan yang agak ketara. Lebih besar dan lebih berat berbanding generasi terdahulu. Dan kali ini buat pertama kalinya Clio berjaya memperolehi 5 Bintang EuroNCAP, sekali gus menyertai barisan kereta Renault yang paling selamat.

Dan hasilnya, Clio ini sekali lagi diangkat sebagai European Car Of The Year 2006. Selain daripada model ikonik RS mereka, Clio ini turut terdapat dalam versi Estate.

Dan kesinambungan evolusi Clio ini berterusan sehingga ke generasi keempat. Berubah terus daripada sebuah Supermini kepada Hot Hatch yang  laju dan bergaya.

Bagi model Clio bukan RS, pilihan enjin 0.9 liter turbo sehinggalah kepada 1.5 liter diesel. Dan versi Estate masih lagi dikekalkan untuk ditawarkan kepada pengguna. Khusus untuk golongan yang sudah berkeluarga tapi masih inginkan sebuah kereta yang bergaya dan kelihatan muda.

Kalau nak diikutkan level popular, Clio ini terbukti lama dah. Siap ada one make race lagi. Terdapat sehingga 15 buah negara yang menganjurkan Clio Cup ini. Clio Cup Junior pun ada juga untuk golongan remaja berlumba secara sah. Macam mana la kereta ini tak popular, iya tak?

 

 

Google ads

B K

Back to top button