Motosikal

RASMI: KYMCO XCITING VS 400 LANCAR DI MALAYSIA – 33.4HP, RM27,988

MODENAS selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia telah melancarkan Kymco Xciting VS 400 dengan harga jualan RM27,988. 

Menggerakan Xciting VS 400 ini adalah enjin satu silinder 400cc 4-valve SOHC yang berupaya menghasilkan 33.4hp pada 7,250rpm dan 37.5Nm pada 5,750rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT.

Sebagai skuter sport touring, XCiting VS 400 menawarkan pelbagai ciri premium dan terkini. 

Pertamanya, skuter ini menawarkan pencahayaan LED penuh dengan fungsi daytime running light (DRL). Seperti AK550, skuter ini turut dilengkpai dengan sistem traction control dan ABS. 

Bagaimananpun, XCiting VS 400 ini tidak menawarkan panel meter TFT sebaliknya mengguna pakai skrin digital LCD seperti DTX250. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • sistem keyless
  • glove box dengan fungsi auto-lock
  • penghadang angin boleh laras
  • ruang letak barang 29L (boleh memuatkan satu helmet full-face)
  • penyerap hentak berkembar dengan pelarasan pra-beban 
  • fork teleskopik
  • rim 15-inci depan, 14-inci belakang
  • ABS dual-channel

Atas kertas, XCiting VS 400 ini turut dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 12.5L dan menawarkan berat sekitar 213kg. Ketinggian tempat duduk pula adalah 805mm. 

Bagi pasaran Malaysia, Kycmo XCiting VS 400 ditawarkan dengan dua warna pilihan, Flat Black dan Cerulean Blue.

GALERI: KYMCO XCITING VS 400 

Google ads
Back to top button