Buletin

JOM KUASAI ECU EMTRON. KEMUDIAN BOLEH JUAL ECU DAN TALA KERETA PELANGGAN!

Sebuah syarikat talaan yang berpangkalan di Sunway, RNR akan menganjurkan satu latihan menala ECU jenama Emtron kepada mereka yang berminat.

ECU Emtron biasanya digunakan untuk talaan kereta berprestasi tinggi dan jentera lumba yang digunakan di litar seperti Nissan GT-R serta sekurang-kurangnya Toyota 86.

Latihan yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Februari di Hotel Amara Subang Jaya, Selangor itu mengenakan bayaran hanya RM1,449 seorang. Selepas tamat latihan, anda boleh menjual ECU Emtron dan menala kenderaan pelanggan.

Menurut RNR, daripada maklum balas yang mereka terima, semakin ramai orang mahukan tajuk yang lebih advance. Jadi, topik-topik yang akan dibincangkan dalam sesi latihan selama dua hari itu merangkumi:

  • Setup dan konfigurasi ECU
  • Model bahan api
  • Sambungan CAN bus
  • Konfigurasi DBW
  • Pengurusan tork enjin
  • Closed loop lambda
  • Kawalan knocking
  • Aliran jisim pendikit dan banyak lagi

Anda hanya perlu membawa bersama komputer riba yang sudah dimuat turun dengan perisian EMtune. Bagi memudahkan proses pemahaman, tenaga pengajar akan membuat demonstrasi secara langsung.

Latihan akan diberikan oleh Ketua Sokongan Teknologi Emtron, Nick Pavloski. Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pendaftaran masih dibuka.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian: 012-3598616. Jumpa anda di sana!

Tags
Google ads
Back to top button