Buletin

TUNEBOSS PERKENAL PRODUK BARU UNTUK YAMAHA R15, NMAX & HONDA CBR

TuneBoss mengumumkan pelancaran empat model ECU baru dan empat produk baru yang akan mula berada di pasaran Malaysia pada awal tahun depan.

Empat ECU prestasi tinggi baru itu terdiri untuk model Yamaha R15, Nmax, Honda CBR250R dan CRF250. Beberapa variasi barujuga akan diumumkan bagi model yang menggunakan enjin yang sama tidak lama lagi.

Harga belum ditetapkan, tetapi ia akan berada dalam julat yang sama dengan barisan produk semasa.

Juga dilancarkan ialah quickshifter kit atau ShiftBoss baru untuk model Yamaha R25 dan Honda RS150R. Kit baru ini menggunakan sensor “bebanan” untukpengaktifan yang lebih tepat dan rasa penukaran yang lebih positif.

Walau bagaimanapun, kit baru ini akan dijual pada hargap remium untuk mengimbangi kos bahan dan disebabkan itu, ia tidakmenggantikan ShiftBoss asal yang masih bolehdidapati di semua pengedar sah TuneBoss. Kit Shift Boss baharu dianggarkan berada dalam lingkungan RM600 hingga RM800.

Seterusnya, yang pertama di pasaran Malaysia, kit penyejuk yang menggunakan pam air elektrik. Pegerakan pam mekanikal bergantung kepadakelajuan enjin, oleh itu ia tidak dapat memberikan kadar aliran tepat bersamaan dengan beban kerja.

Ia cukup untuk kegunaan biasa tetapi tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh penunggang yang serius.

Kit CoolBoss menggunakan algoritma pintar yang bukan sahaja mengawal kelajuan aliran penyejuk, tetapi juga menghidup dan mematikan pam mengikut bebanenjin dan keperluan penyejukan.

Penyejukan yang lebih efisien ini memanjangkan jangkahayat enjin dan juga minyak pelincir enjin.

Selain dari aliran penyejuk yang tepat, kit CoolBoss juga mengurangkan seretan parasit mekanikal dari penggantian pam air mekanikal. Ujian menunjukkan kenaikan kuasa dari 0.3hp hingga 0.5hp merentasi keseluruhan RPM dan penggunaan bahanapi yang lebih baik.

Kit ini hanya akan dijual awal tahun depan untuk Yamaha R25 dan kit untuk model lain akan menyusul.

Tidak seperti kebanyakan penyuntik di pasaran, penyuntik bahanapi TuneBoss 370cc mempunyai kadar alir tinggi dengan kawalan linear ultra.

Sesuai untuk pengeluarankuasa 15hp hingga 40hp dan serasi dengan Yamaha Y15ZR (model pertama) dan FZ150i 2014/2016.

Akhir sekali ialah Kit Bahan Api Perlumbaan yang termasuk tangki, pam, saluran dan penyuntik. Kit ini dibangunkan khusus untuk kategori motosikal drag terbuka yang membolehkan para peserta menggunakan bahanapi perlumbaan.

Tangki keluli tahan karat itu mampu menampung tiga liter dan semua bahagian dilengkapi dengan rawatan khas untuk menahan kikisan dari penggunaan bahanapi perlumbaan seperti bahanapi Elixir Powered atau E85.

Semua modul atau kit yang disebut di atas hanya berfungsi sebagai tambahan kepada pemasangan dan penalaan ECU TuneBoss.

Semua bahagian telah diuji di LitarAntarabangsa Sepang, perlumbaan drag dan juga di jalanraya sebelum pengeluaran.

Google ads
Back to top button