Buletin

JPJ LANJUTKAN TEMPOH DISKAUN KOMPAUN SAMAN SEHINGGA 15 DISEMBER 2021

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus telah dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.

Pemakluman yang dibuat menerusi akaun Facebook rasmi JPJ lewat malam tadi itu menerima sambutan baik daripada pengguna platform sosial media tersebut.

“Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus kini dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.

“Pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’ adalah digalakkan,” jelas JPJ menerusi sekeping poster yang dimuat naik.

Pembayaran saman boleh dibuat di semua kaunter JPJ negeri, cawangan atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button