PARIS KENAKAN BAYARAN PARKING LEBIH MAHAL KEPADA PEMILIK SUV
Pemandu kereta bersaiz besar seperti SUV di Paris, dijangka perlu membayar lebih untuk meletakkan kenderaan mereka.
Menurut laporan, kadar bayaran khusus itu akan dilaksanakan pada awal 2024.
Mengenai bayaran khusus, ia adalah sebahagian daripada perancangan negara itu untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan alternatif seperti basikal, skuter atau berjalan kaki.
Untuk rekod, keputusan itu adalah serupa yang diambil oleh pegawai bandar Lyon beberapa hari sebelumnya.
Walau bagaimanapun, butiran caj parkir masih belum dinyatakan tetapi maklumat semasa, terdapat beberapa pengecualian untuk golongan kurang upaya dan keluarga berpendapatan rendah.
The Guardian sebelum ini melaporkan bahawa Paris dibanjiri oleh kenderaan seperti SUV hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, kualiti pengudaraan serta faktor ruang parkir.
Tambahnya, bilangan SUV di Paris meningkat kepada 60 peratus dalam tempoh empat tahun lalu, bahkan kerajaan Perancis menganggap SUV elektrik tidak selamat termasuk boleh menyebabkan kemalangan serius.
“SUV mempunyai reka bentuk serta saiz yang membuatkan pejalan kaki, basikal atau skuter takut kerana bampar hadapan SUV berada pada organ penting sekiranya terjadi kemalangan,” kata jurucakap kerajaan.
Ini bukan kali pertama cadangan ini dikemukakan. Perbincangan mengenai pengharaman SUV dari pusat bandar Paris telah wujud sejak 2004 lagi.
- BACA: TRAGIK KOMEDI, SKUTER ‘PARKING’ ATAS WAYAR ELEKTRIK
- BACA: BENGANG PARKING DIAMBIL ORANG LAIN, LELAKI BERTINDAK PASANG PENGHADANG BESI
- BACA: SELAMBA ‘CHUP’ PARKING, BUKAN MASALAH BESAR KATANYA
- BACA: LELAKI KURANG SIUMAN MENGAMUK LAMBORGHINI PARKING SEBELAH PERHENTIAN BAS – PATAHKAN CERMIN SISI, PIJAK BAMPAR