Buletin

JUALAN JANUARI FORD TERUS DIPACU OLEH RANGER

Ford hari ini mengumumkan jualan runcit pada bulan Januari di Malaysia mencecah 792 unit. Ia dipacu oleh trak pikap Ranger yang menyumbang jualan sebanyak 687 unit.

Ford-Ranger-sale-2016-mekanika (4)

Selain menjadi trak pikap paling berkuasa di Malaysia, Ranger turut menampilkan kemampuan mengangkut beban dan mengharung air terbaik dalam kelasnya, serta teknologi tercanggih.

Ranger dilengkapi rangkaian sistem keselamatan pasif dan aktif. Antaranya, sehingga enam beg udara dan teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control.

Ford-Ranger-sale-2016-mekanika (3)

Electronic Stability Control (ESC) dan cagak tempat duduk keselamatan kanak-kanak, ISOFIX juga didatangkan sebagai ciri standard. Sekali gus menjadikan Ranger sebagai satu-satunya trak pikap yang menawarkan dua ciri keselamatan penting itu pada semua variannya di Malaysia.

Kemampuan sistem keselamatan pada Ranger baharu baru-baru ini diiktiraf oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) menerusi penarafan maksimum lima bintang. Ranger turut menerima skor paling tinggi dari segi Perlindungan Penumpang Dewasa berbanding mana-mana trak pikap lain yang pernah diuji.

Ford-Ranger-sale-2016-mekanika (2)

Ford menjangkakan jualan akan terus meningkat pada beberapa bulan akan datang kerana syarikat merancang untuk melancarkan beberapa model baharu seperti Mustang, Focus baharu, SUV Everest dan MPV S-MAX serba baharu.

Google ads
Back to top button