
Buletin
HUBLOT MP-05 LAFERRARI SAPPHIRE
Pengeluar jam tangan mewah, Hublot mengeluarkan jam tangan hasil inspirasi Ferrari LaFerrari.
Hublot MP-05 LaFerrari Sapphire mengambil masa selama 18 bulan untuk dihasilkan kerana ia melibatkan ukiran sepenuhnya daripada batu nilam. Reka badannya juga cukup unik kerana dibuat daripada silikon lutsinar.
Setiap 20 unit penghasilan jam tersebut mengambil masa selama 600 jam bekerja. Reka bentuknya kelihatan seperti enjin Ferrari dan dibuat daripada 637 komponen.
Harga jualan dijangka melebihi AS$300,000 (RM1.3 juta).
LaFerrari adalah supercar pertama Ferrari yang menggunakan sistem hibrid. Ia menjadi jentera termahal, terpantas dan paling berkuasa daripada pengeluar Itali itu.