
DIGILIS FORKLIFT DI KOMPLEKS MASKARGO – KAKI KANAN TUKANG CUCI TERPAKSA DIPOTONG
Seorang wanita berusia 75 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di Kompleks MASKargo di Bayan Lepas, Pulau Pinang mengalami kecederaan serius selepas dilanggar sebuah forklift.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya, Leftenan (PA) Noor Azizan Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari dan menghantar empat anggota ke lokasi kejadian.
“Kita mendapat maklumat mengenai kejadian itu dan ketika tiba di lokasi didapati kedua-dua belah kaki mangsa yang berusia 75 tahun hancur digilis jentera berkenaan.

“Anggota pasukan kemudian memberi rawatan awal dengan membuat balutan dan memasang alat sokongan pada kaki mangsa,” katanya
Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat, mangsa kelihatan sedang melintas jalan sebelum dilanggar oleh forklift.
Menurut laporan, mangsa masih dalam keadaan sedar ketika diberikan rawatan. Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang dan kaki kanannya terpaksa dipotong kerana mengalami kecederaan teruk.
Suaminya Marzuki Omar, 68, hanya mengetahui berita itu setelah pulang ke rumah. Dia pada mulanya menunggu panggilan dari Jami untuk menjemputnya pada pukul 12 malam dari tempat kerja.
Sebaik tiba di rumah, dia menerima berita mengejutkan daripada kakitangan MASKargo dan segera bergegas ke hospital. – The Rakyat Post
- BACA: PASANGAN GURU MAUT TERCAMPAK DARI TOYOTA ESTIMA DALAM KEMALANGAN DI LPT 2
- BACA: KEMALANGAN DI NKVE, MENTERI KERJA RAYA ARAH SIASATAN DAN KERJA BAIK PULIH SEGERA
- BACA: TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA BANTU ANAK TERLIBAT KEMALANGAN MAUT
- BACA: KEMALANGAN MAUT DI TANJONG PAGAR. KELUARGA MANGSA TUNTUT RM5.6 JUTA DARIPADA KELUARGA PEMANDU







