Pandu Uji

PANDU UJI PERODUA AXIA SE 2023, 10 KOMEN AWAL KAMI

Sesi pandu uji kali ini melibatkan Perodua Axia 2023 varian SE, yang dijual pada harga RM 44,000 tanpa insurance. Dari segi luaran, varian AV dan SE hampir tiada bezanya kecuali jika anda boleh melihat kamera stereo yang dipasang pada cermin depan yang merupakan sebahagian daripada sistem ASA

Berikut ialah pemerhatian penulis selepas memandu sejauh 300km.

1. Enjin 1KR-VE VVT-i 1000cc 3 silinder ni memang menghasilkan gegaran, disebabkan piston 3 silinder tidak harmonik ketika beroperasi (2 piston naik, 1 piston turun). Gegaran enjin boleh dirasakan ketika idle atau ketika kereta berhentu.

Kalau dah mula bergerak, gegaran tersebut langsung tidak dirasakan. Rasanya prestasi cagak enjin adalah paling optimum apabila gear berada pada kedudukan D dan kereta dah bergerak

2. Pecutan? Boleh tahan, tak padan dengan enjin kecil 1000cc yang menjana 67 kuasa kuda dan 91Nm tork. Mungkin disebabkan penggunaan transmisi CVT. Pecutan 0-90km/jam terasa effortless.

Tapi apabila melebihi 120km/jam, enjin 1KR-VE ini dah meraung sikit macam Cinderella kena dera dengan mak tiri. Butang POWER ini best, boleh guna masa nak mintak pikap dalam mid range. Let say nak potong lori, senang je naik dari 90 ke 110/120km/ja

3. Operasi Eco Idle atau Start stop – dah jauh lg sedap berbanding dengan model lama Perodua Aruz. Bahagian dalaman kereta langsung tidak bergegar sewaktu enjin dihidupkan semyla

4. Gear CVT- ada pilihan P R N D S B. S mungkin untuk “Sport” apabila kuasa enjin diperlukan untuk memecut. Operasi enjin lebih santai pada 2500 RPM pada halaju 110km/jam. Bagi halaju 90km/jam, enjin berputar pada 2000 RPM saja

5. Fuel consumption atau penggunaan bahn api- dengan jarak perjalanan sekitar 202.5km, Axia menggunakan sekitar 9.77 liter sahaja. Lebih kurang 20.72km/liter

Ujian dilakukan dengan halaju purata 100-120km/jam, 2 penumpang, sedikit barang dan tekanan angin tayar 240kpa. Rasanya enjin baru mencapai jarak perbatuan 12km semasa memulakan pemanduan, jadi enjin dan komponen lain masih lagi keta. Mungkin selepas 10,000km FC akan improve la

6. Ride/keselesaan – untuk kereta murah macam ni, rasa berbaloi sungguh. Pada hemat penuslis, ride/keselesaan Axia lagi bagus dari Myvi. Apabila penulis melalui speed bump, cesi DNGA ni rasa solid dan seketul

Kalau cesi lama Perodua, situasi ini biasanya akan terasa hollow atau kosong. Sesetengah model lama menggunakan spring keras yang menghasilkan rasa melantun. Axia 2023 ini terasa lebih solid dan menyerap permukaan jalan tak rata dengan lebih baik

7. Handling/pengendalian- pun lagi bagus daripada Axia lama, dengan penulis memandu melalui selekoh S tanpa menekan pedal brek tadi dengan laju sekitar 70-80km/jam, tapi menggunakan gear S la untuk lebih cengkaman.

8. Ergonomik- Axia model lama memang meletihkan kalau dipandu lama. Perubahan besar dibuat pada kusyen depan terutama pada bahagian lower back. Cuma bahagian upper back sekitar belikat terasa keras sikit

Kusyen belakang Axia lebih pendek jika dibandingkan di bahagian depan, lebih sesuai untuk kanak kanak. Kalau orang dewasa duduk, mungkin akan lenguh sikit bila memandu jau

9. NVH – komen paling utama adalah bunyi enjin dan bunyi daripada luar kereta sekitar 72db @ 80km/jam. Korang beli la bahan kedap bunyi yang ada jual kat Gear Up untuk kualiti pemanduan yang lebih baik

10- ruang dalaman luas dan ada banyak ruang untuk meletak barang. Malah jarak antara penumpang depan pun rasa jauh sikit menjadikan ruang depan. Jarak antara roda steering dengan tombol gear pun lebih dekat, ala-ala kereta sport macam Mazda Miata

Kalau model lama, jarak tombol gear dengan steering ni agak jauh. Dekat 2 marhalah

Google ads
Back to top button