Artikel Pilihan

KISAH SEBUAH SHOWROOM SUBARU YANG DITINGGALKAN SEJAK PENGHUJUNG 90-AN

Kisah macam ini rasanya tidak pernah berlaku di negara kita tetapi itulah yang telah berlaku di Malta, sebuah kepulauan kecil di Eropah. Entah di mana logiknya bila sebuah showroom pengedar kereta baru ditutup sejak sekian dengan meninggalkan kereta-kereta yang tidak pernah didaftarkan di dalamnya.

Biasanya bila operasi sebuah showroom ditutup, pemilik asal akan menjual semua aset didalamnya bukan setakat kenderaan tapi kerusi meja sekali untuk menampung kos kerugian.

Tapi tidak dalam kes ini di mana, kereta-kereta Subaru ini telah ditinggalkan begitu sahaja di dalam ruang pameran. Kami yang melihatnya pun sedih, ye lah ni Subaru tahu kalau Tiara memang tak tahulah nak cakap apa.

Tapi satu perkara yang pasti kereta ini telah menjadi model klasik yang sangat rare dengan jumlah perbatuan yang sangat rendah.

Macam kami bagi tahu tadi showroom ini terletak di Kepulauan Malta dan merupakan satu-satunya pengedar Subaru di sana sehingga penghujung tahun 90-an sebelum syarikat-syarikat lain turut membawa masuk Subaru ke sana.

BACA: SUBARU XT – PERMATA YANG HILANG

Berdasarkan gambar-gambar ini juga dapat kita saksikan yang kedai ini memang old school habis dengan gambar-gambar dan dekorasi yang memang klasik betul. Pesaing baru mereka dikatakan telah membuka ruang pameran baru yang lebih moden dan segar membuatkan pelanggan beralih arah ke pengedar baru di Malta menyebabkan perniagaan syarikat ini gulung tikar.

Tapi tengoklah sendiri apa yang ada dalam showroom ini. model-model Impreza GC sememangnya akan membuatkan airliur peminat Subaru meleleh tanpa henti. Terdapat juga van kompak Subaru Justy tetapi model paling eksotik dan rare semestinya ialah sebuah Subaru XT all-wheel-drive yang memang limited keluarannya.

Kami pernah menulis pasal Subaru XT yang juga dikenali dengan nama Vortex ataupun Alcyone. Ia merupakan sebuah model Subaru paling futurisitik dengan pelbagai ciri moden dilambakkan padanya. Malah ia merupakan model Subaru paling jarang dilihat ketika ini. Mungkinkan ini model Subaru XT dengan perbatuan paling rendah yang masih wujud pada hari ini?

Itu hanya bahagian yang dapat dilihat, mungkinkah terdapat model-model hebat lain dalam stor belakang? Impreza WRX GC8 mungkin? Siapa tahu kan? Tambah menarik lagi bila kesemua model dalam kedai ini merupakan model pemanduan sebelah kanan sama seperti negara kita.

Kredit kepada CarThrottle dan CarsAddiction

Google ads
Back to top button