
Buletin
KALAU TAK MAHU KERETA TERBAKAR, JANGAN TINGGALKAN PENSANITASI TANGAN KETIKA CUACA PANAS
Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya meninggalkan pensanitasi tangan di dalam kenderaan ketika cuaca panas.
Dalam catatan Facebooknya, agensi keselamatan itu memaparkan gambar pintu sebuah kereta yang terbakar.
Menurutnya, kebanyakan pensanitasi tangan adalah berasaskan alkohol, jadi ia sangat mudah terbakar.
Justeru, menyimpannya di dalam kereta ketika cuaca panas dan mendedahkannya pada punca api seperti menghisap rokok, boleh mengundang bencana. – Astro Awani
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: SYARIKAT INSURANS DI AMERIKA BERI AMARAN KENDERAAN HYUNDAI DAN KIA MUDAH TERBAKAR
- BACA: LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE HANGUS TERBAKAR DI STESEN MINYAK – KECUAIAN YANG BERNILAI LEBIH RM1.6 JUTA
- BACA: BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN SKYLINE & GT-R HANGUS TERBAKAR







