BuletinMotosikal

KAPCAI INI ADALAH MOTOSIKAL TERBAIK 2018 DI INDONESIA. MOTOR NI SEJUK DI MALAYSIA OI!

Jadi. Motor apa? Memang jenama ini berada pada kasta paling bawah sekali di Malaysia. Tak popular langsung.

Anehnya, ia adalah jenama motosikal yang bagus dan menangi pelbagai anugerah. Suzuki bukan sahaja hebat dengan menghasilkan Hayabusa, motosikal kecil mereka juga tidak ada masalah kualiti seperti yang dihadapi oleh teman-teman Jepunnya yang lain.

Akhbar tabloid terkenal Indonesia Otomotif telah menamakan Suzuki Satria EFi sebagai motosikal terbaik 2018. Bukan itu sahaja, motosikal yang kita kenali dengan nama Suzuki Belang ini juga turut menggondol anugerah Best of Hyper Cub 2018.

Anugerah ini dianggap berprestij di Indonesia kerana ia sudah memasuki anjuran tahun ke 11. Tema ‘The Right Choice’, adalah pilihan tahun ini yang menampilkan beberapa pilihan akhir yang tak kurang hebatnya.

PT. Suzuki Indomobil Sales (SIS), pemegang hak jenama motosikal Suzuki di Indonesia juga menerima anugerah Public Relation Of The Year sebagai penghargaan kepada usaha mereka yang bersungguh-sungguh dalam bidang perhubungan awam.

Maksudnya, SIS dianggap syarikat yang cekap mengendalikan maklumat, menghargai media serta mengemukakan imej positif Suzuki baik secara lokal mahupun antarabangsa.

Sementara itu di Malaysia, bahagian PR Suzuki Assembler mungkin sedang lena tidur diulit meimpi-mimpi indah. Kali terakhir kami menerima berita atau siaran akhbar dari Suzuki Malaysia mungkin ketika Abang Japar sedang mengambil peperiksaan SRP dulu.

“Terima Kasih kami ucapkan kepada Otomotif kerana memberi penghargaan yang penuh bermakna ini. Kami yakin telah memberikan kepada pelanggan kami produk yang betul. Selain itu, kami juga percaya, pasukan Perhubungan Awam telah melakukan tugas mereka dengan baik, lantas membolehkan kami menerima anugerah Public Relation Of The Year,” ujar Yohan Yahya, Pengurus Jabatan Jualan dan Pemasaran SIS.

Google ads
Back to top button