Motosikal

BIMS 2018: HONDA MONKEY KINI KEMBALI – BUATAN THAILAND, 125cc & RM12,312 SEUNIT

AP Honda Co. Ltd. menambah pilihan motosikal kategori fun bike di Thailand apabila memperkenalkan model Monkey 125 versi tahun 2018.

Monyet yang didatangkan dengan pelbagai ciri moden itu ditawarkan pada harga sekitar ฿99,000 (RM12,312) seunit. Tak padan kecil, harga boleh tahan neraka nya.

Pada acara Tokyo Motor Show 2017, Honda Monkey hanyalah sebuah model prototaip. Namun, selepas dibina dan direka selama lebih dua tahun, Monkey kembali menemui peminatnya di Thailand.

Monkey direka oleh pasukan reka bentuk Jepun yang pernah menghasilkan beberapa versi Monkey. Hasilnya, jentera itu tampil dengan reka bentuk asas Monkey dikenali sebagai Segi Tiga Nigiri yang menawarkan tunggangan seimbang.

Monkey generasi baru kini dilengkapi lampu depan bulat klasik, tangki minyak diperbuat daripada besi, mudguard krom, cat badan berkilat, meter LED dan grafik LED Monkey Face yang direka khas.

Jentera ini banyak berkongsi komponen dengan model MSX125. Selain sistem suspensi, enjin Monkey juga sama dengan enjin MSX125.  

Walaupun kecil, roda hadapan fun bike itu dipasang dengan brek ABS dan brek cakera di belakang.  

Meriah betul scene motosikal Thailand kan. Pasaran besar, bolehlah dapat macam-macam jenis motosikal.

BACA: HONDA MONKEY MILIK JOHN LENNON BAKAL DILELONG

GALERI

Google ads
Back to top button