Buletin

KAPTEN RAPID BAS PRASARANA MALAYSIA, ANDA MEMANG HEBAT

Tindakan pantas seorang kapten bas perantara MRT yang memberi bantuan kecemasan kepada penduduk taman yang cuba membawa seorang pesakit meredah banjir kilat semalam mendapat penghargaan daripada Pengurusan Prasarana Malaysia Berhad

Ketika kejadian, Izan Shah Samsuddin sedang memandu bas di laluan T461 menghala ke Hab MRT Kajang dan melalui Taman Bangi sekitar jam 9.50 malam. Kehadiran bas yang dipandu oleh Izan disedari oleh penduduk yang ketika itu sedang mengusung seorang penduduk taman yang terlantar sakit meredah banjir pada paras lutut dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan

Menyedari panggilan dan lambaian yang dibuat oleh penduduk taman Izan nekad memberhentikan bas dan bagi membawa pesakit dan penduduk taman ke tempat yang lebih selamat sementara menunggu bantuan pasukan perubatan tiba bagi memberikan rawatan lanjut

Izan nekad memberhentikan bas setelah melihat penduduk mengusung mangsa banjir yang telantar sakit di atas pengusung. Mangsa terbabit dibawa menaiki bas hingga ke kawasan selamat sementara menunggu pasukan perubatan tiba. Pihak pengurusan Prasarana turut berterima kasih kepada kapten bas dan penduduk setempat yang memberikan bantuan kecemasan kepada penduduk yang dilanda banjir kilat semalam.

Izan Shah Samsuddin, 33 tahun berasal dari Sabah sudahpun berkhidmat dengan Rapid Bas selama 3 tahun. Tindakan pantas beliau dan penduduk Taman Bangi yang membantu pesakit dalam situasi kecemasan wajar dijadikan contoh tauladan yang baik oleh semua rakyat Malaysia.

Dalam satu temuramah bersama mstar Izan menyatakan hero sebenar dalam kejadian tersebut ialah penduduk Taman Bangi dan dia kebetulan lalu menghulurkan bantuan atas dasar perikemanusiaan. Namun Izan turut bersyukur atas pujian yang diberi oleh warga netizen.

Kredit gambar dan infomasi – FB Malaysia Post & mstar.

Google ads
Back to top button