
Suzuki di Malaysia, baik kereta atau motor, sudah lama menemui ajalnya. Cuma tinggal kini ialah motosikal berkuasa tinggi Suzuki yang diimport dari kilangnya di Jepun. Suzuki di Malaysia masih beroperasi di Pulau Pinang.
Kebanyakan promosi dilakukan di sebelah sana. Mungkin orang di Kuala Lumpur ni miskin ataupun semua kaya pakai Ducati. Suzuki Assembler Malaysia juga antara syarikat yang meriangkan kerana dia duduk selesa begitu sampaikan boss Jepun pun kena goreng apa entah dengan staff Malaysia ni. Tak bergerak langsung.
Sebenarnya, Suzuki ada banyak motosikal berkuasa kecil yang bagus. Misalnya, Belang Fi dan juga Bandit 150.

Di Indonesia pengendali laman web Julak Sendie Design mengutarakan idea Katana. Ya. Katana 2019 sudah diumumkan tetapi apa yang dibayangkan oleh Julak Sendie ialah Katana versi kecil.
Ia menggunakan platform Suzuki Bandit 150 yang kelihatan agak bagus juga jika jadi kenyataan.
Di Indonesia, pasaran motosikal naked 150cc ini ada peminatnya yang tersendiri. Ia boleh dijual sekitar 10,000 unit sebulan.
Menarik juga kalau difikirkan tentang potensinya.
Tapi itulah, bila difikirkan balik pasal Suzuki Malaysia ni, maka lebih baiklah kita mengharapkan jenama seperti KTN atau CMC yang lebih nampak bersungguh nak meniaga.