Buletin

HELMET PINTAR BERTEKNOLOGI TINGGI DARI SHOEI

Menjelang pameran Consumer Electronics Show (CES) yang akan berlangsung di Las Vegas pada Januari 2019, Shoei telah menyiapkan projek terbarunya. Sebuah helmet berteknologi tinggi pintar.

Helmet yang akan dihasilkan ini memiliki beberapa ciri yang amat berguna untuk para penunggang motosikal. Antaranya ialah fungsi navigasi yang dipaparkan menerusi paparan head up display (HUD). 

BACA: SHOEI DAPAT PENGIKTIRAFAN 5 BINTANG

Meskipun dengan ciri baru, Shoei tidak akan mengenepikan sama sekali ciri-ciri asas helmet keluaran mereka iaitu keselamatan, keselesaan dan juga rekabentuk premium.

Dari sudut keselamatan, Shoei mendakwa akses maklumat diperolehi menerusi gerakan kecil mata. Sistem HUD tersebut menggunakan teknologi optik dan elektronik yang dibangunkan oleh NS West. NS West ialah syarikat berprestij yang memiliki kepakaran membangunkan teknologi HUD untuk kenderaan.

Jika diamati diagram di bawah, helmet ini juga didatangkan dengan sistem komunikasi ke telefon pintar menerusi sambungan bluetooth menggunakan aplikasi khas.

Terdapat juga paparan mengenai kelajuan, jarak perjalanan dan sebagainya

 

Google ads
Back to top button