Buletin

KAWASAKI VERSYS 650 2023 RASMI DILANCARKAN, 65.7HP, HARGA BERMULA RM38K

Kawasaki Versys 650 2023 kini secara rasmi dilancarkan bagi pasaran tempatan dan menerima kemas kini selain, menawarkan prestasi menjanjikan bagi segmen pertengahan.

Dengan reka bentuk serba baharu dan pencahayaan LED, Versys 650 menampilkan gaya yang lebih moden termasuk diserlahkan dengan rim bersaiz 17-inci.

Versys 650 2023 juga didatangkan bersama ciri elektronik seperti Kawasaki Traction Control (KTRC) dua tetapan (boleh dinyahaktif), skrin TFT berwarna 4.3-inci dan Kawasaki Rideology.

Perincian lain termasuklah penghadang angin boleh laras, fork teleskopik hidraulik 41mm dengan larasan pra-muatan serta penyerap hentak belakang.

Selain itu, sistem membrek pula menggunakan cakera kembar bersaiz 300mm dengan kaliper 2 piston (depan) dan cakera tunggal 250mm (belakang) serta dilengkapi ABS dua saluran.

Tambahan, ia didatangkan bersama tangki bahan api 21 liter manakala ketinggian pelana ditetapkan pada 845mm, jarak kelegaan tanah 170mm dan mempunyai berat 218kg.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin bersesaran 649cc, 2 Silinder Parallel Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC.

Nadi berkenaan berupaya menghasilkan 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm.

Kawasaki Versys 650 2023 boleh dimiliki pada harga RM38,400 bagi pilihan warna Metallic Spark Black sementara pilihan warna Candy Limegreen/Metallic Flat Spark Black diberi tanda harga RM39,100.

GALERI:

Google ads
Back to top button