
NINJA 650 2023 TAMPIL AGRESIF, 67.3HP, HARGA BERMULA RM35K
Selain Z650, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) turut memperkenalkan model ‘sportbike’ Ninja 650 2023 dengan beberapa peningkatan ketara.
Ninja 650 2023 tampil dengan rekaan menarik serta agresif selain dipadankan bersama pencahayaan LED dan bentuk hadapan lebih tajam untuk memberikan rupa lebih sporty.
Untuk rekod, ia berukuran 2,055mm (panjang), 1,145mm (tinggi), 1,410mm (lebar) sementara jarak kelegaan tanah pula 130mm.

Jentera dengan berat 193kg ini turut dilengkapi fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC), skrin TFT berwarna, Rideology dan dibekalkan tangki berkapasiti 15 liter.
Perincian lain termasuklah dipadankan bersama fork teleskopik 41mm di depan dan penyerap hentakan jenis ‘back-link’ di bahagian belakang.

Ciri Keselamatan juga dipertingkatkan melalui penambahan brek ABS bagi memastikan keselamatan terjamin semasa menunggang dalam pelbagai keadaan tunggangan.
Dari segi kuasa, Ninja 650 2023 dijana oleh enjin parallel-twin 649cc, berupaya menghamburkan kuasa 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm.
Untuk harga, ia kini tersedia pada harga bermula RM35,200 bagi pilihan warna Metallic Matte Graphenesteel Gray, sementara warna Lime Green/Ebony dijual dengan tanda harga RM 35,900.
GALERI:




















- BACA: JAMINAN 2 TAHUN DAN PERBATUAN TANPA HAD UNTUK MOTOSIKAL KAWASAKI/MODENAS YANG DIDAFTAR BERMULA 1 JULAI 2023
- BACA: KAWASAKI NINJA ZX-6R 2024 DIKEMAS KINI, PATUH PERATURAN EMISI
- BACA: EMOS LANCAR KAWASAKI Z900 & Z900 SE. METER TFT, SUSPENSI OHLINS, BERMULA RM44K
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: EMOS LANCAR KAWASAKI KX250, KX250X & Z H2 SE. BERMULA RM35K



