Buletin

SYARIKAT VOLATO TEMPAH 25 PESAWAT ELITE II BAHARU, KADAR SEWA KAYANGAN BERMULA RM17K

Syarikat sewa jet peribadi, Volato telah menempah 25 pesawat Elite II HondaJet serba baharu dalam perjanjian bernilai AS$174 juta (RM7.7 bilion).

Menurut Volato, mereka di jangka menerima HondaJet Elite II pertamanya pada 2023 dan penghantaran terakhir dilakukan pada 2025. Bermakna, Volato bakal mempunyai lebih 40 pesawat, termasuk tempahan untuk empat pesawat Gulfstream G280 10 tempat duduk.

Kadar sewa setiap jam untuk HondaJet dan G280 masing-masing bermula pada AS$4,000 (RM17,724) dan AS$6,550 (RM29,023).

Menurut pengeluar, model baharu itu akan menggantikan Elite S,Elite serta HondaJet asal, bermakna pelanggan hanya boleh membeli Elite II.

Elite II boleh menempuh jarak 126 batu lebih jauh berbanding model terdahulu, Elite S, yang mempunyai jarak tempuh 1,654 batu. Elite II merupakan pesawat persendirian terpantas dengan kelajuan maksimum 485 batu sejam dan ketinggian pelayaran sehingga 43,000 kaki.

Selain itu, penggunaan dua enjin GE Honda Aero HF120 membolehkan penggunaan bahan api dikurangkan secara purata 8,000 gelen setahun. Seperti pendahulunya, enjin tersebut diletakkan di bahagian sayap untuk mengurangkan bunyi bising.

Elite II boleh memuatkan sehingga lima penumpang dan dua juruterbang, dengan dua set kerusi berpusing selain meja boleh simpan di kabin utama serta satu tempat duduk menghadap pintu. Menurut HondaJet, tempat duduk ini juga boleh digantikan dengan dapur kecil.

Elite II baharu ini mendapat kemasan warna hitam berbanding memilih warna cat kelabu atau merah seperti model terdahulu.

Di bahagian dalam, Elite II telah dinaik taraf dengan dua pilihan reka bentuk baharu iaitu onyx dan keluli. Onyx menampilkan skema warna kuning air dengan aksen kayu manakala keluli menampilkan skema warna kelabu dengan aksen marmar.

Di dalam kokpit, sarung kulit biri-biri tersedia untuk tempat duduk juruterbang, serta konfigurasi pilihan untuk keselesaan juruterbang. Bahagian belakang pula terdapat tandas tertutup dengan tandas dan singki, dipisahkan dari kabin utama oleh pintu gelangsar.

Kemudahan lain termasuklah pemegang cawan, port kuasa, tingkap besar, dan lampu LED pelbagai warna.

HondaJet turut merancang untuk memperkenalkan dua sistem dek penerbangan baharu, seperti pendikit auto dan emergency autoland pada Elite II menjelang akhir 2023.

Google ads
Back to top button