
KBS RALLY SPRINT RD.2 – MASIH LAGI DI SEPANG. AJOOOMMM!
Sesudah berlangsung dengan jayanya perlumbaan KBS Rally Sprint Rd. 1 tempohari di perkarangan parkir Litar Sepang, pada bulan hadapan bakal berlangsungnya KBS Rally Sprint Rd. 2 bertempatkan lokasi yang sama pada 10 – 11 Disember nanti.
Walau pun dunia rali tempatan diakui sedikit suram dengan ketiadaan penganjuran acara berskala besar seperti Malaysian Rally Championship, namun dengan kehadiran acara indie seperti Rally Sprint ini dapat sedikit mengubat kerinduaan buat penggiat dan penggemar sukan rali ini. Harus juga diakui, sukan rali di tempat kita mungkin sedikit ketinggalan berbanding negara jiran yang cukup gah dengan kehadiran model jentera rali terkini seperti Toyota GR Yaris AP4, Mitsubishi AP4 dan juga Skoda Fabia R5.

Sungguh pun demikian, sewaktu KBS Rally Sprint Rd.1 tempohari, setidaknya kelibat sebuah jentera rali yang dibina secara lokal, Deus Mini yang dipandu seorang lagi rali tempatan, Saladin Mazlan berjaya muncul juara keseluruhan. Walau pun dibina secara indie dan bukannya model rali yang dibina berdasarkan model produksi massa, ternyata Deus Mini tersebut cukup laju dan lincah apabila berlumba di atas permukaan tarmac.

Dan untuk pusingan kedua ini, Roduwan Rashid selaku orang kuat X-One Motorsport sekali lagi bersedia untuk menjalankan tugas beliau selaku penganjur bersama beberapa orang kanan beliau seperti Henzee (takkan nak pandu Wagon tu sebagai Zero Car lagi kot?), Nik Ammar dan juga Faizal Tuah bagi memastikan acara ini tetap berlangsung dengan jayanya tanpa masalah.
Menurut Chepot, untuk pusingan kedua ini, trek akan sedikit dipanjangkan jaraknya dengan memaksimakan penggunaan kawasan parkir A3. Sudah tentu ini akan menambahkan lagi keseronokan buat pemandu dan juga penonton yang hadir untuk melihat dengan lebih dekat jentera rali beraksi.

Ketika ditanya tentang sasaran, Chepot mengharapkan agar jumlah peserta melebihi daripada pusingan pertama terdahulu. Lagi ramai lagi meriah kan. Mungkin pasukan Purnama Rally Team boleh menghantar satu jentera, Honda Integra untuk turun beraksi. Kelibat pasukan JRSpeed bersama Evo 3 mereka pun dah lama tak beraksi nampak gayanya tu. Mungkin Haji Sutan Mustaffa juga mahu hadir memeriahkan perlumbaan kelak?
Kita tunggu hari perlumbaan nanti. Yang pasti juruhebah permotoran terkemuka tanahair En Bob turut dijangka hadir sekali lagi memeriahkan suasana. Ajoooommm!
BACA : KBS RALLY SPRINT RD 1 – SALADIN MAZLAN MENANG DENGAN BERGAYA
BACA : RALLY SPRINT 2022 SIRI 1 – BAKAT BAHARU PUN BOLEH TURUT SERTA. AJOOMMMM!







