Buletin

TOYOTA SAHUT CABARAN SEPANG 1000KM. REBUT HADIAH BERJUMLAH RM30,000

Selepas berjaya dengan debut di Sepang 1000KM 2021, Toyota kini mengatur langkah untuk memenangi perlumbaan paling berprestij di Malaysia melalui model Vios. Sepang 1000KM tahun ini akan diadakan dari 17-20 November 2022 di Litar Antarabangsa Sepang.

Dua pelumba akan menerajui perlumbaan untuk kelas MTC, sekali gus mahu memperbaharui rekod tahun lepas di mana mereka berjaya menduduki tempat ketiga dan keempat.

Tahun lalu, pasangan pelumba Toyota, Hayden Haikal dan Timothy Yeo telah melepasi garisan penamat di tempat pertama keseluruhan dan tiga pusingan di hadapan saingan terdekat mereka, tetapi kemudiannya pelumba tersebut dikenakan penalti. Hal itu memaksa kedua-dua pelumba berpuas hati berada di kedudukan ketiga dan keempat.

1000KM Sepang turut menyaksikan sejumlah 15 Toyota Kelas SP2 bertanding dalam GAZOO Racing Vios Enduro Cup. GAZOO Racing Vios Enduro Cup eksklusif dan terbuka kepada semua generasi model yang bersaing dalam Vios Challenge dan siri Vios Sprint Cup.

Vios Challenge dan Vios Sprint Cup terkenal dengan persaingan kompetitif perlumbaan dengan jarak yang pendek. Tetapi GAZOO Racing Vios Enduro Cup memberikan lebih cabaran kepada pasukan serta pemandu untuk mencapai tahap terbaik pada jarak 1,000km.  

GAZOO Racing Vios Enduro Cup akan menawarkan hadiah berjumlah RM30,000. Juara keseluruhan akan membawa pulang RM10,000 manakala Naib juara bakal memenangi RM8,000. Sementara tempat  ketiga, keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM6,000, RM4,000 dan RM2,000.

Slot terhad tersedia di GAZOO Racing Vios Enduro Cup. Untuk mendaftar atau maklumat lanjut, boleh hubungi Pengurusan Perlumbaan UMW Toyota Motor di talian 016-367 3300.

Google ads
Back to top button