Buletin

KEAJAIBAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF- 1KG = 1HP, INILAH KOENIGSEGG ONE:1

Tergolong dalam kategori kereta eksotik, Koenigsegg adalah pembuat kereta bebas yang hanya membuat kereta laju. Buat pun tak banyak. Sedap jadi orang kaya ni, rasa nak buat kereta, buat sendiri. Berapa juta dia habis nak hasilkan kereta kemudian jualkan macam Ferrari Lamborghini dan Porsche?

Itu bukanlah matlamatnya. Di sinilah terletaknya ideologi syarikat kecik yang sebenarnya tidak bersaing pun dengan mainstream kereta sports mewah. Mereka hasilkan kereta sebenarnya lebih kepada minat individu. Sebab tu lahir jenama macam Pagani, Koenigsegg, Gumbert, Saleen dan mungkin Mclaren.

BACA: KOENIGSEGG REGA R 1500HP

Syarikat ni diilhamkan oleh Encik Christian von Koenigsegg pada 1994. 10 tahun lepas tu diorang berjaya hasilkan CCX, antara kereta sports yang menggegar dunia di pameran Geneva.

Ia salah sebuah model hypercar jenama baru paling berjaya dan terkini mereka hasilkan Agera. Kalau korang pernah tengok movie Need For Speed, kereta ni yang eksiden 2 bijik masa mula-mula plot cerita tu.

Agera adalah kemuncak apa yang cuba dicapa oleh Christian Von Koenigsegg. Dari model ni lahir Agera S dan Agera R. Kemudian jurutera mereka cuba mencabar hukum fizik untuk jadikan nisbah kereta kepada kuasa kuda 1:1. Gila!

Untuk mencapai tujuan tu, perkara pertama  yang perlu dicapai ialah berat keseluruhan kereta dikurangkan menjadi 1360 kilogram sahaja.

Ya, cuma 1.3 tan dan kemudian mensasarkan enjin asal 5.0 liter V8 untuk menghasilkan 1,360ps. Itu bersamaan dengan 1 megawatt menjadikannya kereta mega pertama dihasilkan.  Koenigsegg mendakwa ia kereta megacar pertama di dunia dengan daya pecutan maksima 440km sejam.

Berbeza dengan Agera, hanya 6 unit kereta ni dibina dan tempahan sudahpun habis sewaktu Geneva Motorshow tahun lepas. Kereta ni hanya fokus pada pemanduan litar dengan pelbagai ciri biasa Agera dikurangkan.

Mazda CX30

Struktur badan, casis dan rodanya diperbuat dari gentian karbon dan kevlar. Enjin asal juga telah dibina semula dengan berat bersih enjin hanya tinggal 197kg sahaja.

Perlumbaan menghasilkan kereta paling laju, paling power, supercar, hypercar, megacar semuanya sudah merentasi hukum fizik dalam industri ini.

Pelik bin ajaib, waluapun kereta ni harganya sampai berjuta-juta dolar, permintaannya tetap ada. Tengok Laferrari dengan Porsche 918 Spyder yang berebut dan ada duit pun tak boleh beli pun.

 

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”119″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

Tags
Google ads
Back to top button