
KOLEKSI HYPERCAR MILIK ANAK PRESIDEN KORUP BAKAL DILELONG
Kalau anda peminat supercar dan sering mengikuti berita-berita mengenainya, memang berita tentang supercar yang akan dilelong ni dah biasa sangat. Tapi hypercar untuk dilelong memang jarang kedengaran. Ye lah, benda yang dikira koleksi kesayangan mana ada orang nak jual. Tapi ini ada bukan satu tetapi enam buah hypercar untuk dijual dan ia dimiliki oleh orang yang sama.
Koleksi menakjubkan ini menampilkan sebuah Lamborghini Veneno, Koenigsegg One:1, McLaren P1, LaFerrari, Aston Martin One-77 dan sebuah Bugatti Veyron. Tengok senarai menu pun rasanya dah ramai yang meleleh air liur. Setengahnya boleh dimiliki jika anda berduit dan ada juga yang sukar dimiliki walaupun anda seorang yang berduit. Ingat semua benda boleh dapat ke bila kaya.

Model paling rare semestinya ialah Lamborghini Veneno roadster yang hanya dihasilkan sebanyak 9 unit dengan hanya 325 kilometer catatan perbatuan. Ia dianggarkan bernilai sekitar RM20-22 juta! LaFerrari hibrid pula dianggarkan mencecah RM11 juta, Koenigsegg RM9 juta dan McLaren sekitar RM7 juta.

Terdapat juga kereta lain kelas mewah dalam koleksi pemilik yang sama antaranya ialah beberapa unit Maybach, Bentley, Maserati dan Porsche. Kesemua kereta-kereta ini merupakan koleksi milik salah seorang anak Teodorin Obiang Nguema, Presiden negara Equatorial Guinea yang terletak di Afrika Tengah (tiada sangkut paut dengan Papua New Guinea). Kereta-kereta ini telah dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland pada tahun 2016 kerana penyelewengan wang awam.
Rampasan ini bukannyakali pertama kerana sebelum ini pada tahun 2011, satu lagi koleksi milik anak diktator ini pernah dirampas di Paris. Antara model yang dirampas termasuklah dua buah Bugatti Veyron, Ferrari Enzo dan 599 GTO, Maserati MC12, Porsche Carrera GT selain Maybach, Rolls-Royce, Bentley dan Aston Martin. Semuanya sudah dijual secara lelongan pada tahun 2013.

Bonhams akan melelong koleksi hypercar ini di Bonmont Golf & Country Club Geneva pada 29 September ini dan semua hasil lelongan akan disalurkan kembali ke program-program kebajikan sosial di Equatorial Guinea.