Artikel Pilihan

KOENIGSEGG DAN BUGATTI BAKAL BERTARUNG REBUT TAKHTA 500 KMJ – LAJU-LAJU SANGAT NI NAK KE MANA?

Perlumbaan mengejar kelajuan memang mahal harganya. Itu belum campur berapa ramai yang kehilangan nyawa dalam mengejar rekod kelajuan. Tapi kini zaman sudah berubah dan kenderaan menjadi semakin laju dan kelajuan 400kmj bukan lagi sesuatu yang mustahil.

Tapi bagaimana dengan 500kmj? Inilah sasaran yang cuba dicapai oleh Koenigsegg dan Bugatti. Kita yang marhain bawak kereta bawah 1500cc dengan mod ekonomi ni tak payah la nak sembang.

Jika Bugatti mempunyai Chiron yang memegang rekod kelajuan buat masa sekarang, Koenigsegg pula memiliki Jesko yang bakal digunakan dalam persaingan ini. Lebih tepat lagi Jesko Absolut dengan 1625hp kuasa maksima dengan enjin V8 twinturbo. Matlamat utamaya adalah cukup jelas iaitu untuk mencatat kelajuan maksima 500kmj secara rasmi. Power seh.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Koenigsegg telah melengkapkan kit aero terbaru pada Jesko Absolut. Ia telah diuji bagi memastikan seretan dragnya adalah seminima mungkin. Bila digabungkan dengan suspensi Jesko yang serab istimewa, Koenigsegg seolah telah menemui formula yang tepat bagi mencapai kelajuan 500kmj.

Pemegang rekod kelajuan sekarang, Bugatti Chiron sudah tentu agak tergugat walaupun mempunyai rekod kelajuan 490kmj. Ini kerana model yang digunakan untuk mencipta rekod dikatakan tidak sama dengan model yang dijual kepada pelanggan.

Bahkan untuk mencatat rekod kelajuan rasmi, sesebuah kereta mesti membuat pecutan dua hala. Pergi dan balik. Bugatti cuma membuat pecutan sehala.

Masalah sekarang menurut Koenigsegg ialah untuk mencari lokasi sesuai untuk memcipta rekod tersebut. Ia tak semudah mencari lebuh raya lurus yang ditinggalkan. Ia mestilah mempunyai permukaan seperti jalan raya sebenar dan trafik yang boleh dilencongkan untuk seketika.

Kalau boleh tengok Jesko Absolut memecut di atas jalan raya biasa mesti best ni. Hypercar ni bos bukan kereta ubahsuai biasa-biasa.

Google ads
Back to top button