Buletin

KOENIGSEGG BAKAL GUNA BAHAN API BIOLOGI GUNUNG BERAPI?

Pengeluar jentera, Koenigsegg menjalankan penyelidikan penggunaan bahan api biologi (biofuel) yang diproses daripada gunung berapi untuk produksi kenderaan-kenderaan masa hadapan jenama berkenaan.

Bahan api istimewa tersebut dikenali sebagai Vulcanol merupakan teknologi berasal dari Iceland.

Ia membebaskan pengeluaran CO2 dari gunung berapi separa aktif, dan menukarkannya menjadi bahan api methanol.

Menurut Christian van Koenigsegg dalam temubual bersama Bloomberg, bahan api Vulcanol ini menghasilkan 90 peratus kurang emisi berbanding bahan api fosil.

“Kenderaan menggunakan bahan api dengan sistem perawatan yang betul mampu menjadikannya lebih mesra alam,” katanya.

Christian menyifatkan teknologi yang dibangunkan ini benar-benar melangkaui teknologi yang ada di pasaran pada ketika ini.

“Dengan menggandingkan teknologi Vulcano dengan elektrifikasi generasi berikutnya, ia merupakan satu cara yang sangat menarik untuk menjadikan produk kami lebih menonjol, kompetitif.

“Dalam masa sama memberi kesan minimum kepada alam sekitar,” katanya – carscoops

Google ads
Back to top button