
BANYAK PEMAIN INDUSTRI AUTOMOTIF TAK YAKIN DENGAN EV. KOS TINGGI ANTARA PUNCA UTAMA
Pemain industri kebanyakkannya masih belum yakin dalam penggunaan kereta elektrik (EV), tetapi mereka menyatakan kebimbangan tersebut datangnya dari semua jenis dinamik pasaran dan isu rantaian bekalan, bukannya pengguna.
Keputusan tinjauan itu muncul dua hari selepas Akida Toyoda, Ketua Pegawai Eksekutif Toyota mendapat kecaman kerana komen yang menunjukkan Toyota belum lagi menjual EV. “Majoriti tertanya-tanya sama ada EV benar-benar OK untuk dimiliki sebagai satu pilihan, tetapi mereka fikir ia adalah trend sehingga mereka tidak boleh bercakap dengan lantang,” kata Toyoda, menurut The Wall Street Journal.
Dalam tinjauan ke atas lebih 900 eksekutif industri auto, KPMG mendapati bahawa responden berpendapat hanya 37 peratus daripada jualan kenderaan baharu di Amerika Syarikat ialah EV menjelang 2030.

Itu merupakan penurunan dramatik berbanding 2021, apabila hasil tinjauan menjangkakan 62 peratus daripada jualan kereta di AS ialah EV menjelang 2030.
Pentadbiran Joe Biden menyasarkan EV untuk membentuk separuh daripada semua kenderaan yang dijual di AS menjelang tahun itu.
Walau bagaimanapun, industri terpaksa bergelut dengan pelbagai sekatan. Keperluan yang ditetapkan dalam rang undang-undang turut menjadikannya lebih sukar untuk layak menerima insentif EV.
Lebih malang lagi, harga bateri dan kenderaan elektrik terus meningkat, mencecah kos purata AS$65,041 (RM288,749) pada November. Sebagai perbandingan, kereta berkuasa petrol baharu berharga kira-kira AS$48,681 (RM216,119) pada bulan yang sama.
KPMG berkata, hasil tinjauan eksekutif tahunannya yang ke-23 menunjukkan bahawa jangkaan EV menjadi lebih realistik, didorong oleh isu pengeluaran.
Kira-kira 82 peratus pemain industri percaya dalam dekad yang akan datang, EV boleh diguna pakai secara meluas tanpa subsidi, selain yakin terdapat penurunan dari segi kos.
Tinjauan KPMG juga melaporkan 76 peratus daripada responden berkata inflasi dan kadar faedah yang tinggi akan memberi kesan kepada perniagaan mereka pada 2023. Industri melihat perkara tersebut melalui trend pembelian kereta pengguna akhir tahun.
Industri automotif telah memberikan komitmen AS$526 bilion (RM2.3 trilion) ke dalam elektrifikasi menjelang 2026, menurut firma AlixPartners. 83 peratus eksekutif auto yakin perniagaan akan melihat pertumbuhan yang menguntungkan dalam tempoh lima tahun akan datang di mana ia akan meningkat dengan ketara berbanding 53 peratus pada tahun lepas.
- BACA: KERAJAAN BERCADANG BAWA MASUK EV HARGA BAWAH RM100K. MOGA JADI KENYATAAN…
- BACA: LEXUS BUAT EKSPERIMEN, KERETA EV DENGAN GEAR MANUAL TIPU-TIPU SUNAT
- BACA: CEO XIAOMI AUTOMOBILE SASAR JUALAN EV 10 JUTA UNIT SETIAP TAHUN. MAHU JADI PEMEGANG UTAMA PASARAN EV
- BACA: MELIHAT KAPITALIS BEKERJA: EKSPLOITASI LAUTAN DEMI KEUNTUNGAN PEMBUATAN EV







