Artikel Pilihan

MOTOR MINARELLI HASILKAN ENJIN 2 LEJANG, LULUS EURO5

Enjin 2 lejang yang biasa dikaitkan dengan bunyi bising, asap dan bau pada hari ini banyak diaplikasikan bagi kenderaan yang digunakan bagi tujuan offroad. Jika anda perasan, sudah lama pengeluar motosikal tidak lagi menghasilkan motor dengan enjin 2 lejang disebabkan regulasi pencemaran udara yang semakin ketat

Minarelli iaitu pengeluar motosikal yang berpengkalan di Itali membuktikan yang enjin 2 lejang masih lagi berupaya untuk digunakan secara sah di atas jalan raya. Dengan menggunakan enjin Yamaha 250 sebagai asas rekaan, enjin baru 2 lejang ciptaan mereka akan digunakan pada model Fantic XE300.

Walaupun motosikal ini akan digunakan sebagai motosikal offroad dan trails, enjin 300cc 2 lejang yang dipasang pada motosikal ini mungkin membolehkan anda menunggang terus balik ke rumah tanpa menggunakan trailer. Ini disebabkan enjin 300cc 2 lejang ini berjaya melepasi piawaian pelepasan asap Euro5

Antara pembaharuan yang dibuat oleh Minarelli termasuklah menggunakan sistem suntikan bahan api yang terkini dan juga sistem ekzos khas yang bertindak sebagai decompression system untuk penghidup elektrik

Minarelli juga telah menala kuasa enjin agar lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya berbanding dengan fokus kepada kuasa semata-mata. Maka kuasa enjin ini ihadkan kepada 50 kuasa kuda sahaja walaupun sesaran enjin mencapai 300cc

Jurutera juga memberi fokus dengan menghasilkan tork yang lebih lancar dan sekata di sepanjang operasi enjin. Namun Minarelli menegaskan jika dipulas pada full throttle, enjin ini masih menghasilkan kuasa yang cukup

Sistem ekzos juga telah diubahsuai semula bagi menghapuskan bunyi high pitch & high frequency yang biasa dikaitkan dengan enjin 2 lejang bagi memastikan ia lebih senyap dan juga selesa. Siapa tahu satu hari nanti enjin 2 lejang akan digunakan sebagai range extender untuk kereta elektrik.

.

Google ads
Back to top button