BuletinMotosikal

KECANTIKAN DUCATI PANIGALE V4 TERSERLAH DALAM UJIAN TEROWONG ANGIN

Masih tentang Ducati Panigale V4 yang dipamerkan di pameran motosikal terulung EICMA di Milan Itali. Ia dianugerahkan sebagai motosikal paling cantik dalam pameran dan ia memang DNA Ducati dan negara asalnya Itali. 

Ini video pendek tentang ujian aerodinamik yang dijalankan dalam kemudahan terowong angin untuk mendapatkan rekabentuk yang bukan sahaja cantik, tetapi mestilah mempunyai daya seretan yang terbaik.

Cantik dan laju maksudnya. 

Lihat bagaimana mereka gunakan cecair hijau khas untuk melihat arah laluan angin ketika kenderaan ini dipecut. Simulasi ini sebenarnya digunakan dengan meluas dalam industri automotif tetapi kalau dilihat pada Panigale V4 ini, ia kelihatan sangat berseni. 

Panigale V4 dijana oleh Desmosedici Stradale V4 berkuasa 210hp, ia merupakan enjin versi jalanan yang dibangunkan sepenuhnya menerusi teknologi perlumbaan MotoGP Ducati.

BACA: DUCATI PANIGALE V4 DIUNDI MOTOSIKAL TERCANTIK

Google ads
Back to top button