Buletin

PRESTASI JUALAN PROTON 2018 KEKAL STABIL DAN MANTAP

PROTON terus mengekalkan pertumbuhan mantap dalam prestasi jualannya pada tahun hingga kini. Pada 30 November 2017, PROTON mencapai 66,190 unit jualan, peningkatan sebanyak 2% berbanding 65,069 pada tempoh yang sama tahun lepas.


“Ia merupakan satu perjalanan yang mencabar untuk PROTON sejak 5 tahun yang lalu dan pertumbuhan mantap yang direkodkan dari Januari hingga November 2017 merupakan pencapaian yang positif untuk PROTON. Kami akan bekerja dengan lebih keras di bulan yang mendatang dan kami mengalu-alukan para pelanggan untuk mengambil kesempatan terhadap promosi hujung tahun bagi kereta Proton,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran, PROTON.

SAGA DAN PERSONA

Saga dan Persona kekal mendahului semua model Proton yang lain dengan jumlah jualan masing-masing sebanyak 28,368 dan 18,113 unit tahun hingga kini, menyumbang sebanyak 70% daripada jumlah jualan kereta Proton.

“Pertumbuhan ini dapat dilihat dari peningkatan tahap kualiti yang dilakukan di peringkat dalaman. Bekerjasama dengan rakan kongsi, PROTON memperhebatkan proses dan usaha peningkatan kualiti melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran dengan lebih mendalam, serta peluang latihan untuk pekerja PROTON di Geely, China. Kemajuan yang positif dapat dilihat kerana PROTON sudahpun memiliki produk yang baik.

Ketahanan dan kehandalan kereta Proton telah diuji melalui perlumbaan ketahanan selama 9 jam di Sepang 1,000 km 2017 bulan lepas di mana kereta Proton diumumkan sebagai juara keseluruhan.

Kami akan terus berusaha untuk memperbaiki lagi kereta Proton dan Syarikat berharap dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan ke tahap yang lebih baik,” tambah Rashid.

Dengan kemenangan tersebut, jualan Iriz telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2.8% pada November 2017 berbanding Oktober 2017, selepas menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan sebelum ini.

Google ads
Back to top button