Artikel PilihanBuletin

KEKALKAN WARISAN AUTOMOTIF HONDA DI UK, S800 MULA DIRESTORASI

Honda UK dilapor telah memulakan projek restorasi sebuah kereta sports S800. Dijangka siap untuk acara Goodwood Festival of Speed pada Jun tahun depan, S800  yang direstorasi itu ialah model keluaran tahun 1967.

Honda-S800-restoration-UK-mekanika (1)

Bekerjasama dengan Le Riche Automobile Restorers di Jersey, keputusan Honda UK membeli kereta tersebut adalah untuk menambah barisan model warisan miliknya. S800 itu juga bakal  digunakan untuk dipamerkan dalam apa jua acara sejarah automotif Honda di seluruh UK.

Buat masa sekarang, S800 itu mengalami masalah karat yang agak teruk. Selain isu pakai lusuh selepas berada selama hampir 50 tahun di atas jalan raya. Honda UK berjanji untuk tidak ‘over restore’ jentera dan cuba untuk mengekalkan aspek originalitinya sebaik mungkin.

Honda-S800-restoration-UK-mekanika (3)

“Tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-50 kereta pertama Honda di jual di UK iaitu S800. Sempena sambutan ini, restorasi S800 memang tepat sekali.,” kata Pengarah Urusan Honda UK, Philip Crossman.

Enjin high revving bersesaran 800cc itu dikatakan masih boleh berfungsi dengan baik. Bukti ketahanan produk Honda yang diteruskan hingga ke hari. Jadi, ia tidak perlu menjalani proses overhaul sepenuhnya.

Honda-S800-restoration-UK-mekanika (2)

Untuk makluman, enjin itu diambil daripada divisyen motosikal Honda dan mempunyai garis merah putaran enjin mencecah 10,000rpm. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 70hp dengan penggunaan bahan api sekitar 6.7 liter untuk 100km. Boleh tahan juga jimatnya. Tahun 1960-an kot.

Dengan prestasti begitu, S800 juga disifatkan sebagai kereta produksi 1.0 liter paling laju di dunia pada ketika itu.

Produksi S800 ditamatkan pada mei 1970 dengan hampir 12,000 unit dihasilkan. Ketika dijual di UK, harganya lebih murah berbanding MINI Cooper dan Triumph Spitifre. Honda tidak mengeluarkan apa-apa roadster hampir 30 tahun sehinggalah model S2000 diperkenalkan.

Google ads
Back to top button