Buletin

PETRONAS LANCAR PETRONAS Urania DENGAN ViscGuard™

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru-baru ini melancarkan minyak enjin untuk kenderaan komersial, PETRONAS Urania dengan ViscGuard™.

PETRONAS-Urania -with-ViscGuard-Malaysia-mekanika (2)

Diformulasi untuk menghalang pembentukan deposit dengan efektif, rangkaian minyak enjin diesel ini berfungsi mengekalkan kelikatan minyak yang penting dalam memastikan kenderaan mampu terus bergerak.

Mula dilancarkan di pasaran Eropah pada Mei lalu, PETRONAS Urania dengan  ViscGuard™ kini boleh didapati di Malaysia.

“Minyak ini merupakan hasil penyelidikan global kami. Petronas komited untuk menawarkan penyelesaian lebih baik dan servis demi memastikan perniagaan pelanggan kami terus maju,” kata Ketua Rantau Asia, PETRONAS Lubricants International, Mohd Khalid Bin Mohamed Latiff

PETRONAS-Urania -with-ViscGuard-Malaysia-mekanika (1)

Sektor pembinaan dan pengilangan di Malaysia dijangka terus tumbuh untuk beberapa tahun akan datang. Justeru, terdapat permintaan yang memberangsangkan ke atas kenderaan komersial.

Pembentukan deposit di dalam enjin merupakan masalah biasa dan sering diambil ringan. Sedangkan ia boleh menyebabkan enjin gagal berfungsi jika tidak ditangani sebaiknya.

Ketika diuji berdasarkan kepada standard industri terkini, PETRONAS Urania dengan ViscGuard™ 89 peratus lebih baik dalam mengekalkankelikatan minyak, walaupun di bawah kondisi yang panas. Ia juga 50 peratus lebih baik dalam mengawal pembentukan karbon.

Pelancaran minyak ini penting dalam pertumbuhan strategik PLI untuk menjadi antara pemain penting industri menjelang tahun 2019 dan menjadi peneraju di pasaran tempatan pada tahun 2018.

Google ads
Back to top button