
JURUTERA TESLA RAYU – HENTIKAN PENDERAAN PADA CYBERTRUCK
Apabila Elon Musk melancarkan model Cybertruck beberapa tahun lepas, CEO syarikat Tesla ini membuat satu kejutan besar dengan membaling satu bebola besi pada Cybertruck bagi menunjukkan kekuatan trak pikap ini kepada media dan dunia.
Dan walaupun aksi ini sedikit sebanyak berjaya, ia sebenarnya mencetuskan fenomena kepada warga maya apabila mereka mula menguji Cybertruck yang dibeli oleh mereka dengan cara mereka sendiri. Ini termasuklah memukul Cybertruck ini dengan tukul gergasi, melintas sungai yang dalam, membakar dan menembaknya dengan menggunakan peluru hidup
Ketua Jurutera Wes Morril meminta semua pembeli, pemilik dan wargamaya menghentikan kegilaan ini dengan satu Tweet ringkas berbunyi seperti berikut:

Buat masa ini, varian termurah Cybertruck dijual dengan harga mencecah Rm 285,000, dan sudah tentu jika anda berada di tempat Wes adalah agak mengarut untuk merosakkan sebuah kereta yang anda beli dengan harga yang mahal. Pada sesetengah pelanggan, ia adalah cara terbaik bagi meraih tontonan yang tinggi di saluran Youtube.
Sesetengah ujian adalah ujian bebas seperti Randy Pobst iaitu rakan sekerja Jason Cammisa dari saluran Hegerty memukul Cybertruck dengan tukul. Pengacara Carwow iaitu Mat Watson melanggar Cybertruck dengan troli pasaraya dalam usaha untuk menghasilkan kesan kemik pada Cybertruck.
Namun ini semua tidak cukup ekstrim lagi selagi seorang lagi pengacara dan Youtuber iaitu Whistlin Diesel menguji Cybertruck. Mamat yang kurang kasih sayang ini pasti akan melakukan banyak kerja gila bagi menghancurkan Cybertruck bagi meraih tontonan tinggi di saluran Youtube miliknya
We Morril pasti tahu akan ramai lagi pempengaruh media sosial dan Youtuber akan melakukan aksi ngeri terhadap Cybertruck dan jika anda berada di tempat Wes pasti anda akan geram dengan sikap bos anda iaitu Elon Musk yang memulakan trend menghentam Cybertruck.
Penat-penat anda kerja siang malam menghasilkan Cybertruck, akhirnya ia dihancurkan oleh pempengaruh media sosial. Namun dari segi undang-undang, Wes tidak berhak menghalang pemilik Cybertruck melakukan apa sahaja yang mereka mahu terhadap Cybertruck milik mereka

