Buletin

KEMPEN ‘FUEL UP YOUR GAYA’ VOLKSWAGEN – PENJIMATAN SEHINGGA RMM15,000

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mempunyai banyak tawaran istimewa untuk membuatkan musim perayaan yang bakal tiba lebih meriah menerusi kempen Volkswagen ‘Fuel Up Your Gaya’.

Volkswagen akan membantu menyerlahkan gaya anda pada musim perayaan kali ini dengan memberikan kad petrol bernilai RM1,188 ke atas semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018. 

 

Bukan itu sahaja, nikmati penjimatan hebat dan kadar faedah yang rendah ke atas model-model terpilih Volkswagen sehingga stok masih ada.

Bermula 1 Januari 2018, semua kereta Volkswagen didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun. Jadi, pelanggan tidak perlu bimbang dengan kos penyelenggaraan untuk tiga tahun pertama atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu).

Program itu merangkumi semua kos penyelenggaraan, sama seperti penyelenggaraan berkala standard, tetapi tidak termasuk alat ganti pakai lusuh seperti cakera brek, penggilap cermin dan mentol lampu.

Untuk layak menerima kempen ini, tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia juga tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my .

Google ads
Back to top button