Artikel Pilihan

MORGAN AERO GT – KERETA SUPER ISTIMEWA

Jenama Morgan Motor Company barangkali ramai yang berkerut dahi memikirkan jenama ini datang dari planet manakah. Jenama yang boleh dianggap sebagai berprestij ini sebetulnya dipunyai oleh Henry Frederick Stanley Morgan pada tahun 1910 di Britain. Apa yang menariknya, pengeluar kereta ini dianggap bolehlah dianggap sebagai Indie dan lari daripada arus perdana. Kesemua kereta mereka dibina hanya dengan menggunakan tangan dan sebungkus air sirap sebagai bekalan ketika haus.

BACA : ROADSTER 3 RODA VANDERHALL VENICE

BACA : KERETA RETRO INI LAKU HABIS 60 UNIT DALAM MASA 7 JAM!

Dan salah satu model moden mereka adalah Morgan Aero GT. Model ini adalah merupakan varian terakhir dalam keluarga Morgan Aero 8. Menarik tentang model yang dianggap istimewa ini, ianya dibina khas oleh Divisyen Projek Istimewa Morgan sendiri.

Tipikal tentang rekaan model Morgan sebelum-sebelumnya, ianya menampilkan rekaan retro klasik tetapi sarat dengan teknologi moden. Tidak terkecuali Morgan Aero GT ini yang turut menampilkan rekaan klasik tetapi panel badan kereta yang kelihatan dinamik.

Chasis aluminium kereta ini turut dibina semula bagi memastikan ketegarannya diperkukuh serta memperkenalkan sistem gantungan yang baharu depan dan belakang bagi memastikan tahap pemanduan yang jitu serta sedap tangan memulas stereng.

Aerodinamik kereta sebegini juga harus berada pada tahap yang sepatutnya bagi memastikan dapat ‘memotong angin’ dengan mudah. Dan Jabatan Projek Istimewa Morgan ini telah menggunapakai kepakaran yang mereka ada demi memastikan rekaan panel badan mampu berfungsi sepenuhnya. Bukan sekadar rekaan kosmetik semata.

Kereta dah cantik dan enjinnya juga harus menarik. Menggunakan enjin BMW N62 V8, sudah tentu ianya bagai pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan. Guna pula kotak gear manual enam kelajuan. Nak capai kelajuan maksimum sehingga 270 km/j pun bukan suatu perkara sukar. Tahu tahu saja dah cecah dua tujuh!

Ok, perenggan di atas Brader Karrager ada nyatakan ianya adalah model yang super isitimewa bukan. Mengapa ianya istimewa, sebab hanya lapan unit sahaja yang bakal dibina. Tidak lebih dan tidak kurang. Pada aras harga  £120,000 (RM648,234) nampak macam boleh beli. Tapi kalau tak cukup istimewa, belum tentu kau dapat beli.

 

Google ads
Back to top button