Motosikal

JENTERA SPORT ADVENTURE TOURER SUZUKI

Baiklah, sebagaimana yang dijanjikan, saya mulakan rebiu ringkas dua daripada tiga model yang dilancarkan oleh pihak Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) baru-baru ini.

SONY DSC

Menyedari populariti jentera touring yang kian meningkat di Malaysia, Suzuki Assemblers mengambil langkah bijak apabila memperkenalkan Suzuki V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS.

Bakal menjadi pesaing terus kepada Kawasaki Versys, tawaran terbaharu ini pastinya memeriahkan lagi segmen Sport Adventure Tourer tempatan.

SONY DSC

Biarpun berkongsi konfigurasi dan enjin yang sama, namun tetap wujud perbezaan di antara kedua-dua model ini. V-Strom 650 ABS dikatakan cemerlang sebagai on-road  Sport Tourer.

Sementara V-Strom 650XT ABS pula ialah sebuah jentera Adventure Tourer. Motosikal itu pasti mampu menarik minat kelompok penunggang yang gemarkan perjalanan jauh dan keupayaan mengharung laluan off-road.

SONY DSC

Kedua-dua model itu menggunakan khidmat enjin V-Twin bersesaran 645cc. Dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, enjin itu bukan sahaja mampu menawarkan kuasa, malah menjimatkan bahan api.

Enjin tersebut menggunakan sistem pancitan bahan api melibatkan sebuah ECU  32-bit untuk mengawal sistem Suzuki Dual Throttle Valve (SDTV). Hasilnya, kuasa tork boleh diperoleh dalam julat rpm rendah dan sederhana, dengan kuasa pendikit yang lebih linear.

SONY DSC

Bagi meningkatkan gaya sebuah jentera touring, cermin penghadang anginnya boleh dilaras. Penunggang juga boleh memanfaatkan carrier belakang dan spring pra-beban yang boleh dilaras untuk membawa kotak penyimpanan barang ketika hendak berjalan jauh.

Pengendaliannya yang mantap disumbangkan oleh gabungan aloi aluminium serta lengan ayun yang ringan dan tegar. Manakala tugas membrek pula diserahkan kepada sistem brek ABS yang terdiri daripada brek cakera berkembar bersaiz 310mm pada roda hadapan dan brek cakera tunggal 260mm di belakang.

SONY DSC

Perbezaan paling ketara di antara V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS ialah gayaan hadapan seperti paruh pada model XT.

Berita baik buat bakal pemiliknya, anda boleh membeli pelbagai aksesori tambahan. Misalnya ialah bekas penyimpanan barang pada bahagian sisi yang diperbuat daripada plastik dan aluminium.

V-Strom-650XT-ABS-mekanika  (5)

Selain itu, penutup enjin aluminium, pelindung rantai, lampu kabus LED, soket 12 volt, kit penggera dan pemegang peranti naviogasi turut ditawarkan.

V-Strom 650XT ABS didatangkan dalam warna kelabu, putih, biru dan merah. Sementara V-Strom 650 ABS hanya mempunyai satu warna iaitu merah.

Suzuki-V-Strom-650-ABS-mekanika (4)

Harganya pula ialah RM43,900 sebuah (V-Strom 650XT ABS) dan V-Strom 650 ABS berharga RM41,900 seunit. Menarik kan???
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCV-Strom-650XT-ABS-mekanika  (4)V-Strom-650XT-ABS-mekanika  (8)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button