
KEMPEN KESELAMATAN NISSAN 2015
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini melancarkan Kempen Keselamatan Nissan 2015 di LEGOLAND® Malaysia Resort.
Kempen Keselamatan Nissan bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran-kemahiran penting berkaitan keselamatan jalan raya kepada golongan dewasa serta kanak-kanak.
Pada tahun ini, kempen tersebut akan memberi fokus kepada mendidik kanak-kanak dan orang dewasa menerusi dua program iaitu Karnival Keselamatan Kanak-kanak ‘Program Keselamatan Pertama Saya dengan Nissan’ dan Pengalaman Pemanduan Selamat.
“Kami harap dapat berkongsi dan menyampaikan mesej-mesej penting berkaitan keselamatan bagi mengelak kemalangan jalan raya serta kebakaran daripada berlaku. Sekali gus memupuk kemahiran ini sejak dari usia muda” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng..
Karnival Keselamatan Kanak-kanak 2015 akan dikendalikan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam. Untuk tahun 2015, ETCM turut menambah satu inisiatif baharu yang dikenali sebagai ‘Menyelamatkan Diri daripada Kebakaran’. Ia fokus kepada mendidik para peserta bagaimana untuk menangani kebakaran dengan selamat serta kemahiran ikhtiar hidup pada waktu kecemasan.
Dalam usaha untuk menjangkau lebih ramai audien, Karnival Keselamatan Kanak-kanak akan diperluaskan ke seluruh negara. Kempen pada tahun ini akan berakhir dengan Program Pemanduan Selamat kepada para pemilik kenderaan Nissan.
Jadual Kempen Keselamatan Nissan 2015:
Bengkel | Bengkel Keselamatan Kanak Kanak | Program Pemanduan
Selamat |
||||||
Tarikh | 18 Apr (Sat) | 9 Mei (Sat) | 23 Mei (Sat) | 13 Jun (Sat) | 15 Ogos (Sat) | 22 Ogos (Sat) | 15 Sept (Sat) | |
Wilayah | Selatan | Utara | Timur | Tengah | Sabah | Sarawak | Tengah | |
Venue | Legoland, Johor | ETCM Bayan Lepas | ETCM Kuantan | ETCM Glenmarie | ETCM Kota Kinabalu | ETCM Kuching | TBC | |
Yuran Pendaftaran | Percuma | TBC | ||||||
Orang awam boleh mendapatkan kemas kini dan perincian mengenai Kempen Keselamatan Nissan di laman web (www.nissan.com.my). Para pemilik kenderaan Nissan yang ingin menyertai program ini boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantar e-mel ke [email protected].
Penyertaan adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.