Buletin

KEMPEN RENAULT – MOTORSPORT IS IN OUR DNA

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan kempen Renault – Motorsports Is in Our DNA.

 Renault-Motorsports-DNA -campaign-mekanika (2)

Sah sehingga 31 Ogos 2016, promosi itu memberikan tawaran menarik ke atas kenderaan terpilih Renault.

Sepanjang kempen ini, pelanggan yang membeli crossover urban Renault Captur akan menikmati bayaran bulanan serendah RM888 sebulan menerusi Pelan Pemilikan Mudah Renault.

Renault-Motorsports-DNA -campaign-mekanika (3)

Mereka juga akan menerima manfat daripada pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km (mana-mana tiba dahulu).

TCEC turut menawarkan rebat sebanyak RM15,000 ke atas varian Renault Fluence terpilih sebagai tambahan kepada bayaran bulanan rendah bermula RM788 dengan Pelan Pemilikan Mudah Renault.

Renault-Motorsports-DNA -campaign-mekanika (7)

Renault Captur ditawarkan pada harga RM117,200 seunit. Sementara harga Renault Fluence ialah RM108,888 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans) untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Renault sepanjang kempen ini layak untuk menyertai peraduan eksklusif Renault Sport Formula One™ Team. Tiga orang pemenang bertuah akan menerima dua pas Grandstand dan Lawatan Garaj Renault setiap seorang dalam acara Malaysian Grand Prix 2016 pada Oktober depan.

Renault-Motorsports-DNA -campaign-mekanika (6)

Bukan itu sahaja, setiap peserta peraduan juga akan menerima Pek Barangan Renault Sport Formula One™ Team sewaktu penghantaran kereta baharu mereka.

Sepanjang kempen Renault – Motorsports Is in Our DNA, mereka yang memandu uji kenderaan Renault di mana-mana bilik pameran Renault akan menerima hadiah serta-merta. Mereka juga bakal menjadi salah seorang daripada 30 orang pemenang bertuah yang membawa pulang model maniatur Renault Sport Formula One™ Team.

Renault-Motorsports-DNA -campaign-mekanika (4)

Maklumat lanjut mengenai Renault dan kempen Renault – Motorsports Is in Our DNA sila layari laman web: www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Google ads
Back to top button