Artikel Pilihan

KENAPA ENJIN MODEN GUNAKAN DUAL FUEL INJECTOR?

Penggunaan sistem suntikan bahan api berkembar telah lama digunakan dan sebagai contoh Toyota memperkenalkan teknologi suntikan bahan api D4-S bagi enjin prestasi tinggi mereka. Sistem ini menggabungkan suntikan bahan api terus (direct injection) dengan port injection. Ini bermakna kalau kereta tersebut ada 4 silinder, ia akan memiliki 8 suntikan bahan api.

Kelebihan sistem ini ialah ia menggabungkan kebaikan dari kedua-dua sistem. Bergantung pada keadaan pemanduan, ECU boleh memilih untuk menggunakan mana-mana suntikan bahan api yang dirasakan sesuai samaada untuk penjimatan bahan api atau untuk menghasilkan kuasa yang optimum.

Sistem ini juga berupaya menghapuskan terus masalah pembentukan karbon pada injap kemasukan kerana setiap kali petrol disuntuk masuk melalui sistem port injection, ia akan membersihkan karbon tersebut

Jadi pemandu tidak perlu menghantar kereta mereka bagi menjalani proses pencucian walnut cleaning. Namun masalahnya sistem ini biasanya memerlukan kos yang tinggi. Jika tidak salah penulis, enjin asal Daihatsu Rocky dan Toyota Raize menggunakan sistem ini namun bagi Perodua Ativa ia hanya menggunakan port injection disebabkan faktor kos.

Namun setelah meneliti enjin Perodua Ativa dengan cermat, penulis mendapati ia sebenarnya memiliki 2 port injection bagi setiap selinder. Walaupun tidak menggunakan sistem D4-S seperti Toyota, sistem dual port injection (atau disebut juga multipoint port injection) adalah lebih baik berbanding dengan single port injection.

Ketika memandu uji Hyundai Elantra 2021 juga, penulis mendapati enjin Smartstream G1.6 NA yang digunakan oleh Elantra juga menggunakan kaedah yang sama. Ini bermakna Elantra ada 8 suntikan bahan api bagi enjin 4 silinder tersebut.

Hasil carian di laman sesawang mendapati kaedah Dual Port Fuel Injection yang digunakan pada enjin moden sekarang memiliki beberapa kelebihan berbanding Single Port Fuel Injection seperti:

  1. Memudahkan proses reaksi kimia antara udara dan petrol bagi pembakaran yang lebih berkesan dan stabil
  2. Masa suntikan petrol dan sudut suntikan petrol yang lebih bagus berbanding dengan single injector
  3. Pemasaan injap dan nisbah udara:petrol yang lebih optima dan stabil
  4. Fungsi Exhaust Gas Recycle menjadi lebih baik dan menrendahkan penggunaan petrol
  5. Asap jelaga dikurangkan dan pencemaran asap berkurang

Jadi anda sudah jumpa sebab-sebab kenapa pengeluar kenderaan menggunakan kaedah Dual Port Fuel Injector berbanding dengan Single Port. Senang kata kaedah ini dipilih kerana ia menjadikan enjin semakin menjimatkan petrol, pembakaran lebih bersih dan lebih berkuasa.

Sebagai contoh enjin Smartstream G1.6 yang digunakan pada Hyundai Elantra 2021 menghasilkan 121 kuasa kuda, 154Nm tork dan purata penggunaan petrol ialah sekitar 19.3km bagi setiap liter

Google ads
Back to top button