Artikel Pilihan

KENAPA JENTERA F1 TIDAK LAGI DIBENARKAN MENGISI BAHAN API KETIKA BERLUMBA? HARGA PETROL NAIK?

Selang beberapa tahun, FIA yang bertidak sebagai badan regulasi perlumbaan F1 pasti akan memperkenalkan perubahan dan juga peraturan baru. Ia bagi memastikan semua pasukan dapat bersaing secara sihat dan aspek keselamatan semua pasukan dan petugas ditambahbaik.

Malah salah satu peraturan perlumbaan ialah FIA tidak lagi membenarkan syarikat rokok menaja pasukan lumba F1. Namun adakah anda perasan yang jentera perlumbaan F1 tidak lagi dibenarkan mengisi semula bahan api ketika berlumba

Mengikut sejarah, semua pasukan F1 dilarang mengisi semula bahan api ketika bermula pada awal musim 2010 dan pemandu hanya dibenarkan masuk ke pit perlumbaan untuk menukar tayar yang telah haus sahaja. Walaupun nampak tidak begitu ketara, keputusan ini telah mempengaruhi kemampuan jentera F1, pemandu dan juga teknologi baru diperkenalkan.

Jika anda peminat F1, strategi pit adalah sebahagian daripada strategi perlumbaan dimana pemandu boleh memilih untuk membawa seberapa banyak bahan api yang diperlukan, menukar tayar kepada tayar basah bila hujan atau tayar slick pada hari kering. Semua ini akan mempengaruhi masa perlumbaan termasuklah membawa bahan api sikit ketika mula berlumba

Tapi di sebalik peraturan baru yang menghalang pengisian semula bahan api di hentian pit, ia dibuat berdasarkan faktor keselamatan terutama bahan api yang digunakan oleh jentera F1 amat mudah terbakar yang boleh mencederakan pelumba dan juga mekanik ketika pengisian semula dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa

Sewaktu pengisian semula bahan api dilakukan ketika berlumba dulu, pasukan yang berduit dan ada modal besar seperti Mercedes dan Ferrari tiada masalah untuk melabur duit bagi memastikan semua peralatan, SOP dan juga aspek keselamatan mekanik dipenuhi mengikut piawaian ketat FIA. Tapi bagi pasukan kecil seperti Haas dan William, ia adalah isu yang besar.

Tambahan pula strategi mengisi semula yang dilakukan dengan pantas bagi mengejar masa, diisi dalam keadaan tertekan boleh mencetuskan kemalangan dan juga kebakaran. Ia adalah satu risiko yang tidak perlu ketika berlumba. Salah satu contih ialah ketika GP German 1994 yang melibatkan kebakaran ketika pengisian bahan api

Jos Verstappen dari pasukan Benetton Ford telah mengalami masalah bahan api melimpah ketika mengisi bahan api, mencetuskan kebakaran yang memusnahkan jentera perlumbaan, serta api menyambar pada semua mekanik. Nasib baik mekanik dan Jos memakai sut perlindungan yang sama seperti yang dipakai oleh pasukan bomba

Bukan itu sahaja, sekiranya pemandu tidak sabar memulakan perlumbaan ketika pengisian semula bahan api dibuat maka mereka akan memecut ketika hos bahan api masih bersambung. Bahan api akan tersembur di kawasan pit dan boleh menyebabkan kebakaran. Insiden ini telah berlaku banyak kali terutama pada pasukan ternama

Pada tahun 2007, Chritijen Albers dari pasukan Spykers telah membawa lari hos bahan api ke dalam litar dengan menggunakan jentera Spykers yang dipandunya. Felippe Masa dari pasukan Ferrari pun melakukan kesilapan yang sama ketika GP Singapore tahun 2008. Hos bahan api yang tergantung boleh menyebabkan risiko kebakaran dan juga kemalangan.

Buat masa ini, jentera F1 dibenarkan membawa sehingga maksimum 110kg bahan api atau dalam 140liter. Perbezaan dalam liter dan kilogram ini adalah disebabkan ketumpatan bahan api yang digunakan. Keadaan ini memaksa semua pasukan membangunkan enjin yang lebih cekap tenaga dengan penggnaan teknologi seperti MGUK dan juga MGUH.

Google ads
Back to top button