Buletin

EKSPERIMEN TOYOTA VIOS JADI MESIN BAJAK SAWAH

Seorang penggiat automotif dikenali sebagai Bapak Mustofa Kepala Jenggot telah mengubahsuai Toyota Vios menjadi mesin membajak sawah di Indonesia.

Lelaki berkenaan yang memiliki akuan saluran YouTube BAPAK MUSTOFA KEPALA JENGGOT membikin kenderaan sedan berkenaan bersama-sama para petani di Desa Prigi, Jawa Tengah, Indonesia.

Dia memberitahu, idea untuk membikin kenderaan tercetus apabila salah sebuah traktor membajak penduduk setempat rosak akibat hujan.

“Saya ingin melakukan eksperimen terhadap kenderaan sedan untuk melihat sama ada ia dapat dilakukan. Jika menggunakan jentera 4×4, tiada masalah tetapi sesuatu yang mustahil.

“Selain itu, saya melihat menggunakan kenderaan sedan ini lebih murah berbanding membeli traktor baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Mustofa memberitahu, membikin Toyota Vios menjadi mesin pembajak dalam pertanian itu diharap dapat menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian.

Bagaimanapun, dia berkata, eksperimen berkenaan perlu berjaya terlebih dahulu untuk melihat sejauh mana ia mampu membajak sawah.

Melalui video di YouTube, bahagian roda belakang dan depan telah diubahsuai dengan memadankan roda traktor membajak sawah.

Pada bahagian belakang kelihatan dipadankan roda lebih besar berbanding di hadapan yang menggunakan gerigi besi.

Mustofa menjelaskan ia masih dalam peringkat awal dan beberapa perkara perlu diperbaiki.

“Ia berikutan apabila memasuki kawasan berlumpur, Vios ini berdepan kesukaran untuk bergerak.

“Justeru, saya akan memperbaiki beberapa perkara terutama pada bahagian roda untuk menyempurnakan pergerakan,” katanya. – otosia

Google ads
Back to top button